Jalan-Jalan Bangkok @ 1-3 Ogos 2019

Tidak pernah sampai ke Bangkok. Setakat sempadan selatan Thailand dekat-dekar Rantau Panjang, Pengkalan Kubur, Wang Kelian, Bukit Kayu Hitam dan Padang Besar tu adalah. Namun tetiba dihantar ke Bangkok bagi memenuhi jemputan daripada Kementerian Pendidikan Thailand.

1 Ogos 2019 : Menghadiri The 3rd International Meeting on Personnel Administration of Teachers and Education Personnel dengan tema Digital Transformation yang berlangsung hari ini dan esok. Selesai juga berkongsi pengalaman dan pengharapan menerusi pembentangan bertajuk Teacher Management System kepada para peserta yang rata2 daripada negara ASEAN selain jemputan dari India dan Jepun.

Majlis dirasmikan oleh KSU Thailand Ministry Of Education pada sebelah pagi dengan kehadiran kira-kira 30 orang delegasi. Jemputan sebenarnya agak lewat, kurang sebulan daripada tarikh berlangsung. Beberapa delegasi yang dijemput dikatakan tidak dapat datang kerana masalah kelulusan di organisasi memasing seperti Indonesia, Brunei dan Australia.


Apa yang kurang menariknya meeting ini ialah soal makanan halal. Walaupun dibuat survey siapa yang perlukan makanan halal. Namun nampaknya tidak diambilkira, cuma katanya ‘pork-free’.

Terpaksa menahan lapar dan berusaha lebih sedikit. Sebelah petang ronda sambil cari makanan halal. Sebelum tu cuba juga cari kat google.


Sebelah malam ada gala diner, tapi skip sebab dah sure tidak boleh nak makan apa-apa. Baik cari makanan halal kat luar.

2 Ogos 2019 : Sebelah pagi ada sesi perbincangan atas beberapa tajuk yang telah disediakan semalam. Diberi awal untuk kita bersedia atau buat sedikit homework atau catatan untuk dibincang dan dibentang. Namun menghampiri tengahari, sesi tamat. Aku terus bergegas mencari masjid untuk solat Jumaat.

Alhamdulillah, rasa syukur yang amat sangat dapat solat Jumaat tadi walaupun khutbah tidak dapat difahami langsung, sedangkan tidak pulak tertidur ngantuk. Mungkin khutbah pasal Zulhijjah dan Korban memandangkan khatib menyebut tentang ayat Surah Al-Fajr dan beberapa hadith mengenai fadhilat korban.

Sekitar masjid baru nampak pelbagai kedai dan restoran makanan halal oleh masyarakat Islam sekitar. Belilah beberapa sebagai bekalan untuk makan di hotel.


Singgah kat Food Fest ‘Pathum Thani Market 4.0’, pekena Tomyam Khoung dengan udang besar tadi. Ya Allah Ya Rabbi … Sedap giler nak mampus !! Terasa macam tak pernah rasa sesedap ini sepanjang hayat … Alhamdulillah !! Harga PM tepi … hehe.

Pernah pergi Langkawi Underwater World, Singapore SEA Aquarium dan Aquaria KLCC. Tetapi entahlah … terasa Bangkok Sealife Ocean World agak menarik serta lain dari yang lain. Tapi agak mahal juga tiketnya …



Mendakwa antara yang terbesar di Asia Tenggara, mula dibuka pada 1 Januari 2015 dan dikatakan menempatkan kira2 1,000 spesis hidupan air termasuk penyu, peguin, ular dan katak.


Siap boleh menaikki bot dengan berlantaikan kaca untuk melihat hidupan air, tetapi tu kena beli ticket lain
3 Ogos 2019 : Menyusuri sebahagian Sungai Chao Phraya yang membelah kota Bangkok dengan tourist boat pada harga BTH200 sahaja. Benarlah sungai yang disebut2 namanya masa belajar Ilmu Alam di bangku sekolah dulu2, begitu penting di negeri gajah putih ini.






Di pinggir sungai semasa pejalanan ini menemukan banyak tarikan seperti pusat membeli belah, muzium, kuil Buddha dan perkampungan.

Mencuba juga pengangkutan keretapi ala2 MRT dan ERT yang rasanya menjadi nadi pengangkutan utama di Bandaraya Bangkok ni. Mungin tidak banyak beza dengan yang di Kuala Lumpur.



Berpeluang berapa hari jalan2 di tengah2 Bandaraya Bangkok yang dikelilingi pelbagai kompleks membeli belah dan pasar malam serta melihat pelbagai suasana dan ragam penghuninya yang gigih dalam meneruskan kelangsungan hidup.


Didapati kedai atau pusat urut ada merata-rata. Barangkali juga Bangkok adalah bandaraya yang paling banyak kedai 7eleven. Jalan kaki je selang 50 meter, adalah ianya.
