Kembara Aceh-Sabang @ 27 – 31 Mac 2019

26 Disember 2004, gempa bawah laut berkekuatan 9.1 skala Richter menggoncang Lautan Hindia di lepas pantai Sumatera Utara, Indonesia. Gelombang raksasa setinggi 30 meter, menghantam Aceh, Thailand, Sri Lanka, India, Malaysia dan pesisir timur Afrika.

Jutaan liter air laut tumpah ke daratan dengan lebih dari 230 ribu nyawa melayang atau hilang hingga menjadi salah satu bencana terdahsyat Abad ke-21.
Seperti tragedi 9/11, timbul juga teori konspirasi yang mempersoalkan mengapa pangkalan tentera Amerika Diego Garcia di Lautan Hindi terselamat dari tsunami, sementara pulau-pulau lainnya porak-poranda. Malahan sebaik kejadian, armada perang Amerika USS Abraham Lincoln sudah memenuhi Aceh atas dasar bantuan menyelamat ? Ini menguatkan teori bahawa tsunami yang berlaku adalah hasil gelombang termonuklear yang sengaja diledakkan di bawah laut. Salam dari Banda Aceh.












Terdapat tiga kesan Tsunami di Aceh yang masih kekal dipelihara sehingga sekarang iaitu, (1) Kapal Atas Rumah @ Lampulo, (2) Kapal Kapal Pembangkit Listrik Tenaga Diesel Apung (PLTD) seberat 2,600 tan yang hanyut 5km dari tempat berlabuhnya di pantai Ulee Lheuh ke kawasan perumahan Desa Punge Blang Cut dan (3) kubah masjid seberat 80 tan yang hanyut kira2 2.5 km ke tengah2 sawah Desa Gurah.



Jika ingin menyelami penceritaan Tsunami, jangan lupa mengunjunginya. Ini tidak termasuk beberapa masjid yang ‘terselamat’, yang turut mendirikan Galeri Tsunami bagi mengabadikan kenangan peristiwa tsunami serta sebagai tarikan kunjungan. Sesetengah masjid pula, telah ‘lari’ arah kiblatnya.

Ternyata, tsunami telah meningkatkan industri pelancongan Aceh daripada bandar yang ‘takut’ untuk dikunjungi gara2 konfrantasi Jakarta dengan Gerakan Aceh Merdeka ( GAM ) sebelum tsunami berlaku.

Ibu Bundiya atau dikenali sebagai Wak Kolak merupakan salah sorang saksi hidup kedahsyatan tsunami yang sempat ditemui semasa berkunjung ke Kompleks Kapal Atas Rumah @ Lampulo, Aceh. Beliau yang ketika kejadian sibuk berniaga kira2 1km dari kawasan dermaga kapal berlabuh, berlari menyelamatkan diri apabila air mula melimpahi jalan dan memasuki kampung.
Dalam keadaan semakin kelam kabut, beliau membaca al-fatehah dan mengulang-ulangi ayat ke-5 dalam surah yang bermaksud, “Hanya Engkau yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.” Seakan hilang pedoman, tidak tahu ke mana dia hendak berlari, kedengaran suara, “Cepat pergi naik rumah Ibu Abasiyah. Ajak sekali jiran-jiran lari ke sana”. Disitulah akhirnya sebuah kapal nelayan berlabuh atas rumah yang disangkanya kapal penolong dan di kapal itulah Wak Kolak bersama 56 orang terselamat.









Sabang merupakan sebuah bandar di Pulau Weh yang terletak di utara Banda Aceh, kira2 satu jam perjalanan dengan Ferry laju. Pulau yang dikatakan mahsyur dengan aktiviti snorkeling dan menyelam ini menyimpan sejarah dan keistimewaan tersendiri selain pemandangan yang indah serta kawah gunung berapi yang masih aktif.









Pernah menjadi pelabohan dagangan yang sibuk semasa zaman pemerintahan Belanda kurun ke-19 sehingga kini diisytiharkan sebagai Pulau Perdagangan Bebas. Semasa pendudukan Jepun, pernah di-dirikan kota pertahanan di lokasi yang strategik dan kesannya masih ada sehingga kini. Yang utama sekali, salah satu lokasinya menjadi titik rujukan peta Indonesia dalam atlas dunia yang dikenali sebagai 0 kilometer.

Oley ..ley .. si kota raja, boleh tak boleh, ku bawa saja. Rupanya P. Ramlee telah jauh mendahului kita kerana inilah lokasi yang dimaksudkannya. Tetapi tsunami telah merubah segalanya ..

Sekadar memenuhi tuntutan walaupun sedang bermusafir, tetapi ada dua kelainan iaitu (1) Khutbah dalam bahasa Aceh yang tidak difahami 95% dan (2) sebahagian jemaah solat berjemaah zuhor empat rekaat sebaik solat Jumaat. Jangan ditanyain kenapa pulak … —

Pemilihan Umum Anggota Dewan Perwakilan Rakyat, Dewan Perwakilan Daerah, dan Dewan Perwakilan Rakyat Daerah 2019 Indonesia akan diadakan pada 17 April 2019 untuk memilih 575 anggota Dewan Perwakilan Rakyat, 136 anggota Dewan Perwakilan Daerah, serta anggota Dewan Perwakilan Rakyat Daerah se-Indonesia bagi tahun 2019–2024.

Namun yang menjadi perhatian dunia ialah Pemilihan Presiden di mana Jokowi berganding dengan Maaruf Amin, tokoh Ulama Indonesia yang ditentang oleh Probowo Subianto yang berganding dengan Sandiaga Uno. Rekod menunjukkan, Presiden Indonesia yang namanya banyak huruf ‘O’ boleh bertahan lama. Lihat sahaja Habibi, SBY dan Megawati … hehe

Mungkin ini catatan terakhir perjalanan Aceh-Sabang, lanjutan pertemuan dengan ikan Nemo. Perairan Sabang dikenali dengan ekosistemnya sehingga diistiharkan oleh kerajaan Indon ke atas pulau dan perairan sekitar seluas 60km persegi sebagai kawasan perlindungan.


Namun kehadiran tsunami dikatakan telah banyak merosakkan batu2 karang yang berhampiran pantai.Ini dapat dilihat ketika menaikki boat yang ada lubang kat tengah-tengahnya bertujuaan nak tengok pemandangan dalam air dari atas bot. Menarik jugak.









Namun pengalaman snorkelling di Pulau Rubiah agak mengecewakan dan tidaklah setanding dengan Kapalai, Perhentian, Redang dan Rengis. Cuma di sini ikannya agak banyak dan besar2 pulak tu.

