Lawatan Kerja Ke SK Chengal Lempong, Kuantan

20.02.2020 : Menyapa murid2 Kelas Pendidikan Khas di SK Chengal Lempong, Balok, Kuantan dengan pelbagai telatah. Lawatan ini diadakan bersempena dengan Mesyuarat Ketua Sektor ICT Jabatan Pendidikan Negeri Bil 1/2020 yang telah diadakan di Bangunan Sektor Sumber Teknologi Pendidikan Pahang.

Walaupun terdapat pelbagai kelainan upaya, lainnya adik Siti Nuraqila ini ialah dia hanya mampu bertutur dalam Bahasa Inggeris.

Sekolah yang mempunyai 24 Bilik Darjah ini merupakan salah satu ‘Projek Sakit’ KPM dan baru sahaja memulakan sesi persekolahan pada 2 Januari 2020 dengan kira-kira 350 murid, walaupun masih dalam serba kekurangan.

Malah makmal komputernya masih tanpa sebarang peralatan ICT. Menurut Guru Besar sekolah tersebut, Cikgu Jantan, sekolah ini turut mendapat perhatian serius daripada Ahli Parlimennya iaitu YB Dato’ Saifuddin Abdullah. Semoga guru besarnya serta warga pendidiknya diberikan kekuatan dalam meneruskan tugas mendidik anak2 bangsa kita.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 71 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *