December 8, 2022

Majlis Sedekad JPJ Cyberjaya

16 Januari 2020 : Dalam sibuk-sibuk tugas seharian, sempat singgah kejap ke Majlis Sedekad JPJ Cyberjaya, tapi terasa tak puas. Sudahlah hadir lewat, sampai sahaja majlis sudah 30 minit bermula.

Malah tak sempat menatap gambar2 yang menghiasi Bilik Al-Khawarizimi yang menjadi saksi dan menyimpan penoh kenangan sepanjang 7 tahun di JPJ Cyberjaya dulu.

Apapun tahniah kepada JPJ Cyberjaya serta penganjur. Semoga JPJ Cyberjaya terus melangkah gagah menerobos era digital masakini. Terima kasih kerana menemukan semula warga yang masih setia dengan JPJ Cyberjaya serta otai2 yang telah membawa haluan masing-masing.

Tidak ketinggalan, selamat bersara buat Tn Hj Abu Bakar .. akan menyusul !! Tidak mengapalah, Tn Hj Abu Bakar ada kebun yang luas untuk diusahakan.

Beberapa minggu sebelum itu, ada wakil JPJ Cyberjaya datang ( main terjah juga sebenarnya ) ke pejabat untuk membuat temuramah yang diketuia oleh En Rafizan.

Tapi tidak sempat juga melihat tayangan hasil temubual semasa majlis sambutan tersebut.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 1741 - Today Page Visits: 1