18 Sept 2017 : Alhamdulillah, dapat menjejakkan kaki di bumi Macau bagi menghadiri Persidangan APAC Atmosphere 2017. Nama Macau mula didengari semasa belajar subjek Sejarah di sekolah dulu2 sebagai pelabuhan perdagangan antara Portugis dan China sehingga membentuk laluan pedagangan Macau-Melaka-Goa-Lisbon.

Macau dipulangkan kembali kepada China pada Disember 1999 bagi membentuk ‘sebuah negara dua sistem’ dengan memiliki kuasa autonomi, kecuali dalam hal berkaitan pertahanan dan perhubungan antarabangsa yang di kuasai oleh China sehingga tahun 2049.

Walaupun pernah dikenali sebagai Las Vegas of Asia lantaran industri perjudiannya, namun kemerosotan hasil pendapatan kepada negara sejak 2014 menyebabkan Macau menyusun semula ekonominya dengan mengurangkan kebergantungan kepada industri judi. Tak tahulah dengan jadual padat persidangan, sempat ke tidak nak explore sebahagian Macau ni.

19 Sept 2017 : APAC Atmosphere 2017 : The Innovation Edge bermula pagi tadi dengan keynote speech oleh Dr Jordan Nguyen, Founder dan CEO Syarikat Psykinetic yang berpengkalan di Australia. Seorang Vietnamese-Australian dengan lulusan biomedical engineer itu berhasrat untuk menghasilkan inovasi bagi meningkatkan kehidupan OKU yang ‘affordable and accessible’ dengan teknologi ICT. Cukup mengujakan.

Antara inovasinya ialah membaca minda seorang OKU sehingga mampu memandu sebuah kenderaan @ kerusi roda dengan bantuan ICT. Dr Jordan percaya akan perhubungan humaniti dan bidang teknologi ( IoT, Artificial Intelligent, Virtual reality, Robotics, Big Data dan Cloud Computing ) yang sentiasa berevolusi serta menjadikan kehidupan lebih berintegrated, ke arah masa depan yang dipanggil ‘Beyond Superhuman’. Kira2 2,000 peserta hadir dalam Opening tadi.

20 Sept 2017 : Walaupun WI-FI sekadar satu bidang dalam ICT, namun kehadiran, kestabilan dan kepesatannya telah mendorong kepada pelbagai bidang lain seperti IoT, Artificial Intelligent dan robotik dengan memanfaatkan ‘actionable data’.

Showcase sempena APAC Atmosphere 2017 menunjukkan secara praktikal bagaimana gabungan tersebut digunakan dalam bidang Perubatan, Pendidikan, Smart Building, Perhotelan dan Peruncitan. Ditempatkan dalam dewan yang sama dengan tempat makan, maka mudahlah menemui rakan Malaysian lain kerana penganjur turut menyediakan sudut khas makanan halal.

Berada di The Grand Canal Shoppes at The Venetian Macao, pemandangan ini mengingatkan kepada suasana yang sama di alami di Las Vegas Feb 2015. Ia seolah2 gambaran syurga yang indah, nyaman dan damai, sentiasa siang hari dengan langit biru terbuka. Ada sungai yang mengalir dengan jambatan dan gondolanya.

Namun deretan kedai2 disekitarnya, apakah menggambarkan ia syurga membeli belah, beli dan membeli tanpa mengenal siang atau malam. Tapi semuanya kedai ‘kelas2’, mampu tengok je. Apakah syurga untuk golongan kaya2 atau betapa ‘mahalnya’ syurga yang menjadi idaman semua. 

21 Sept 2017 :  Keynote Speech hari kedua APAC Atmosphere 2017 mungkin tidaklah semenarik hari pertama, tapi mungkin ok bagi orang teknikal. Mr Partha Narasimhan, CIO sebuah syarikat pengeluar biskut, berkongsikan visinya mengenai rangkaian pada masa depan. Baginya sekarang adalah zaman generasi mobile.

Pendekatan yang diambil dalam memastikan keperluan Infrastruktur ICT hendaklah mengambil kira expectation semasa iaitu Mobility, Security, Choice dan Tailored. Sesi Ask Aruba sebelah petang agak menarik, penuh sesak dewan kerana expert Aruba menjawab pelbagai persoalan khususnya mengenai masa depan Aruba dan produknya.

Replika Menara Eiffel yang tersergam indah di hadapan bilik penginapanku menjadi satu landmark dan tarikan ramai di Macau. Walaupun ketinggiannya hanya separuh daripada Eiffel Tower asal di Paris, namun ia dianggap yang tertinggi dan paling realistik berbanding replika lain seumpamanya.

Didirikan bersekali dengan Hotel Parisian Macau, hotel mewah yang bertemakan Paris dan Perancis, siap dibina dan dibuka kepada orang ramai mulai Oktober 2016. Buat masa ini pengunjung tidak dibenarkan naik ke observation deck-nya lantaran kerja2 pemulihan akibat taupan yang melanda Macau awal bulan ini. Selain ada pertunjukkan cahaya setiap malam, terdapat juga Jambatan Kunci Cinta yang kononnya bagi mewujudkan suasana romantik seperti Eiffel Tower di Paris.

22 Sept 2017 : Disebalik pembangunan hotel, pelbagai tarikan untuk pelancungan dan penjudi, Kerajaan Macau masih mengekalkan kesan-kesan sejarah pendudukan Portugis di Macau sejak tahun 1570 dan sehingga 1999.

Antaranya ialah kesan keruntukan gereja St Paul yang pernah menjadi pusat latihan mubaligh keristian, tetapi kini merupakan sekeping dinding hadapannya yang ikonik, manakala bahagian lainnya dikatakan musnah oleh dua kali kebakaran. Ia kini dimasukkan ke dalam Unesco Heritage Site.

Banyak bangunan sekitarnya masih terpelihara dengan senibina Portugis termasuk jualan tart telur yang dikatakan makanan warisan Portugis. Malah nama jalanraya dan papan tanda jalan masih menggunakan atau meletakakan nama2 Portugis. Walaupun Portugis dulu2 menjadikan Macau sebagai pengkalan penyebaran agama Keristian, namun pada hari ini penganut keristian dianggarkan hanya 5% daripada keseluruhan penduduk yang berjumlah kira-kira 700,000 orang.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *