Kembara Vietnam 8-10 September 2017

8 Sept 2017 : Salam dari Bandar Ho Chi Minh. Pertama kali menjejak kaki di bumi Vietnam ni yang mempunyai penduduk kekira 100juta orang, tetapi tak sampai 100,000 yang Muslim. Anehnya pelbagai keperluan busana Muslim kedapatan merata2 di sekitar Pasar Ben Than.

Cakap lah jenama ape yang popular di Malaysia, ia juga ada di sini. Sapa tiru sapa ? Bab kualiti, hanya jauhari yang mengenal Manikam.

Singgah ke Muzium Perang. Muzium Ditubuhkan pada 4 Sept, 1975, muzium unik itu menjadi wadah pelbagai pameran berkaitan Perang Vietnam Kedua dari 1 Nov, 1955 hingga 30 April, 1975 dan Perang Indochina pertama yang melibatkan pemerintahan kolonial Perancis.

Muzium itu secara sistematik mengkaji, mengumpul, memulihara dan memaparkan pameran pelbagai jenayah perang dan kesengsaraan rakyat Vietnam akibat tekanan asing.

Muzium itu merangkumi 9 ruang pameran utama yang menempatkan fakta-fakta sejarah, rekuim, penggunaan Agent Orange dan kesannya ketika Perang Vietnam, jenayah perang, pameran terbuka, perang Vietnam dan keamanan, sokongan antarabangsa dan mengenai layanan terhadap tahanan perang.

Terdapat juga koleksi kereta kebal, helikopter dan pesawat yang digunakan semasa perang di halaman muzium itu.

9 Sept 2017 : Alhamdulillah, berkesempatan singgah di sebuah perkampungan Muslim Champa di pinggir bandar yang terdiri daripada 300 orang @ 40 keluarga. Sempat menyampaikan beberapa sumbangan berbentuk beras dan wang tunai untuk keluarga dan mendirikan masjid @ Madrasah kegunaan mereka.

Sebenarnya sejarah menunjukkan Islam telah sampai Vietnam semasa Kerajaan Uthmaniah sehingga terbentuknya kerajaan Champa yang meliiputi Kemboja dan Vietnam, diketuai oleh seorang penganut Islam dan mempunyai kaitan dengan Malaysia sejak Kesultanan Melaka.

Namun sejak keruntuhan Kerajaan Champ runtuh, Islam ditindas dan mengalami penghapusan khususnya apabila terbentuknya Republic Sosialis Vietnam tahun 1976 yang menyebabkan ramai berhijrah keluar termasuk ke Malaysia.

Menyelami bagaimana rakyat dan tentera Vietnam berhadapan dengan peperangan melawan tentera Amerika di Cu Chi Tunnel yang begitu unik strukturnya; termasuklah lorong bawah tanah sepanjang 250km, pelbagai perangkap, khemah memasak, bilik merawat, bilik rehat dan Operasi. Dikatakan seramai 3 juta rakyat Vietnam terkorban, termasuk 2 juta orang awam. Malah kesan senjata kimia dikatakan masih diwarisi beberapa generasi hingga ada yang lahir tidak cukup sifat lahiriah. 

10 Sept 2019 : Alhamdulillah, berkesempatan berborak dengan beberapa orang Muslim tempatan mengenai kehidupan mereka walaupun agak terbatas dengan masalah bahasa.

Terasa suatu kelainan apabila solat berimam kan orang sini. Moga kalimah tauhid terus kembali tersebar di bumi bekas Kerajaan Cham ini.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 1090 - Today Page Visits: 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *