Kematian Tn Hj Azman Ismail

Suasana di Surau lepas maghrib tadi terasa agak muram je. Lepas solat jenazah ghaib dan tahlil tadi pun memasing terus balik. Takde sesi sembang2. Barangkali masih terkejut dan hiba dengan kematian sorang jemaah setia Surau Al-Syakirin, Tn Hj Azman Ismail ( PPTMK KDN ) pada 10.20mlm kelmarin, 9 Februari 2020. Terasa sangat pemergiannya.

Yang lebih terkilan, jenazah kemudiannya terus di bawa balik untuk dikebumikan di Kelantan. Tidak dapat memberikan penghormatan terakhir buatnya secara fizikal.

Beliau yang baru sahaja pulang mengerjakan haji pada tahun lepas, semoga Allah menerima haji arwah. Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas rohnya, mengampuni dosa2nya, diterima amal bakti dan dimasukkan dalam golongan orang beriman, serta diberikan kekuatan buat keluarga arwah.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 85 - Today Page Visits: 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *