Wat Dua Naga

Kalau dari Kota Bharu ke Bachok melalui jalan pantai, khususnya melalui Kg Balai, tentu ternampak patung putih yang besar dan tinggi di celahan pokok2 dan rumah. Dengan ketinggian 36 meter, dikatakan antara yang terbesar dan tertinggi di Asia Tenggara. Dikatakan menjadi tarian pelancong asing. Namun tidak tahulah sejauh mana ianya benar-benar menjadi tumpuan pelancong, sebab masa sampai sana takde orang lain pun

Mungkin timbul kehairanan, bagaimana Kelantan yang atau Bachok yang majoriti penduduknya Melayu/Islam, boleh terdiri patung setinggi itu dalam kawasan kuil yang dinamakan Wat Phithikyan Phutthaktham atau juga dikenali sebagai Wat Dua Naga. Ini kerana dua naga panjang berbentuk seperti ‘naga kembar’ membentuk dinding yang paling di Asia Tenggara ( sepanjang 598 meter ), mengelilingi kuil, membentuk gerbang di hadapan bangunan sepasang kepala naga yang mengapitnya sebagai pintu masuk.

Menurut cerita dulu2, pembinaannya tertangguh sebab sering rosak dipanah petir. Tetapi setelah diletakkan naskah quran atas nasihat seorang ‘ustaz’, maka tiada lagi gangguan petir dan maka siaplah pembinaan patung setinggi 36m tersebut. Betul ke cerita tersebut ? 

Please follow and like us:
Total Page Visits: 44 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *