Ziarah Madinah, 19-23 Mac 2017

Catatan Madinahku @ Ahad 19 Mac 2017, 11 mlm waktu Madinah : Alhamdulillah dapat menjejaki Raudhah lagi dan menziarahimu Ya Rasulullah s.a.w. Semoga menjadi saksi bagimu Ya Rasulullah, hamba Allah yang kerdil ini salah seorang dari billionan umatmu yang menagih agar diberikan syafaatmu di Padang Mahsyar nanti serta dapat meneguk air Telaga Kausarmu. — at Masjidil Nabawi – Madinah, Arab Saudi.

Catatan Madinahku @ 20 Mac 2017 : Kelihatan sebagai sebuah taman bunga. Namun Saqifah Bani Saidah menyimpan suatu sejarah dimana Saidina Abu Bakar dilantik sebagai Khalifah Umat Islam menggantikan Rasulullah s.a.w yang baru sahaja wafat. Malah ‘perdebatan hebat’ berlangsung sedang jenazah Rasulullah s.a.w belum dikebumikan lagi. Mengapa tidak disempurnakan jenazah Rasulullah s.a.w dulu ? Apakah suasana ini menunjukkan kepentingan khalifah @ kepimpinan dalam Islam atau sikap umat Islam yang sentiasa berbalah dan berpolemik, dulu kini dan selamanya.

Catatan Madinahku @ Bukit Memanah Uhud, 21 Mac 2017. Terlalu banyak untuk dirungkaikan segala yang berkaitan dengan Bukit Uhud. Ia banyak dikenali lantaran berlangsungnya Perang Uhud yang bersejarah dan penuh pengajaran. Rasulullah s.a.w mencintai Bukit Uhud dan sebaliknya, lantaran bukit yang sepanjang 13km itu akan berada di syurga. Untungnya orang Madinah, dikebumikan di Baqiq yang berjiran dengan persemadian Rasulullah s.a.w, minun air zam-zam yang dikatakan asal dari syurga dapat juga menyaksikan bukit yang akan berada di syurga nanti. Itulah juga gambaran besarnya 1 qirat, ganjaran bagi solat jenazah. Maknanya kalau solat jenazah di Masjid Nabi, dapat ganjaran 1000 Bukit Uhud ? Jika di Masjidil Haram pula ? Ya Allah, ganjarkan kepadaku apa yang Engkau janjikan ini, sesungguhnya Janjimu Ditepati.

Perang Uhud juga mengingatkan kita tentang kisah Saidina Hamzah yang syahid ddalam pertempuan Uhud yang ‘di lembing curi’ oleh si Wasi atas arahan Hindun yang membalas dendam atas kematian suaminya dalam Peperangan Badar sebelum itu. Juga mengingatkan kita kepada Saidina Hanzalah yang baru menikmati malam pertama, tanpa sempat mandi junub, terus menyahut panggilan jihad lantas syahid. Beliau kemudiannya ditemui dalam keadaan basah kerana ‘dimandikan’ oleh para malaikat. Subhanallah.

Catatan Madinahku @ Masjid Ijabah : Semasa sesi ziarah sekitar Madinah, bas kami melewati Masjid Ijabah atau sebelumnya dinamakan Masjid Bani Mu’awiyah. Ijabah bermaksud dikabulkan, mengambil sempena kisah dimana Allah mengkabulkan 2 daripada 3 permintaan Rasulullah s.a.w. Dalam Shahih Muslim diriwayatkan, Amir bin Sa’dari menuturkan dari ayahnya, bahwa suatu hari Rasulullah s.a.w masuk ke masjid ini, salat dua rakaat dan berdoa yang sangat lama.

Selesai berdoa, Rasulullah s.a.w berkata, “Aku meminta 3 hal kepada Rabbku. Tetapi, hanya dua hal dikabulkan, dan satu hal tidak diperkenankan. Aku meminta agar umatku tidak dibinasakan dengan musim kekurangan bahan makanan. Permintaanku pun dikabulkan. Aku memohon agar umatku tidak ditenggelamkan ( sebagaimana kaum Nabi Nuh ). Permohonanku pun dikabulkan. Aku mengharap agar permusuhan umatku tidak terjadi antara sesama mereka, tetapi permintaanku tidak dikabulkan”. Mungkin dapat di agak, apa yang bermain difikiran u all sekarang??

Catatan Madinahku @ Al-Ghamamah, 22 Mac 2017 : Terdapat beberapa masjid lain didirikan di sekitar Masjid Nabawi. Ada yang pengekalan pembinaannya lebih kepada mengingati sesuatu peristiwa tertentu. Malah ada yang kini tidak berfungsi. Yeala, kalau gandaan 1000 pahala berbanding di Masjidil Nabawi yang terletak berdekatan, lebih baik amik yang lebih ganjarannya. Antaranya Masjid Al-Ghamamah ( Masjid Awan ) yang terletak dekat Pintu 6 Masjid. Ia mengingati peristiwa di mana Rasulullah s.a.w menyeru penduduk Madinah untuk solat meminta hujan lantaran kemarau yang melanda. Ketika solat, awan datang berkumpul meneduhi para jemaah. Belum sempat habis solat, hujan lebat turun. Subhanallah. — feeling grateful.

Sepatutnya boleh menjadi salah satu agenda dalam ziarah luar iaitu mengunjungi Muzium Al-Quran atau pergi sendiri sahaja tanpa bantuan Mutawwif. Ia terletak di luar pagar betul2 hadapan Masjid Nabawi. Rasanya baru je dibuka dan masuk adalah percuma, tetapi secara kelompok mengikut jurubahasa pengiring.

Antara yang terdapat ialah Quran terbesar, quran tulisan tangan terlama, quran tulisan emas dan pelbagai lagi. Ia juga bagi menghargai usaha orang-orang dulu dalam memelihara, menyebarkan dan menghargai al-Quran.

Memang budaya membaca, mempelajari, menghafaz dan mentadabbur al-Quran bagi pelbagai peringkat usia sangat jelas kelihatan dalam Masjid Nabawi. Alhamdulillah.

Catatan Madinahku @ Luar Masjid Nabi, 23 Mac 2017 : Mengapa masih solat di luar Masjidil Nabawi ? Benarkah dalam masjid telah penuh ? Jauh-jauh datang, terbang berjam-jam perjalanan dan ribuan wang dibelanjakan, tetapi memilih untuk solat di luar dan terlepaslah pahala gandaan 1000 kali pahala.

Patutnya yang datang awal ambillah saf depan2. Tapi ini tidak, sebaliknya ambil tempat strategik kononnya seperti dekat pintu keluar masuk, dekat Raudhah, dekat tiang, dekat air zam2 atau nak nampak kubah masjid.

Akibatnya pembinaan saf tidak sempurna, terputus dan berkelompok2. Agaknya saf yang penuh adalah yang disekitar Raudhah sahaja. Apakah ini melambangkan sikap umat Islam ketika ini ? Yang anehnya, lepas solat jemaah, berpusu2 pulak puak2 ni nak masuk masjid, nak ke Raudhah dan ziarah Rasulullah s.a.w agaknya. Jadilah jem sebab melawan arus dengan orang nak keluar di pintu.

Catatan Madinahku @ Raudhah Lagi, 23 Mac 2017 : Sejauh mana kesesakan orang ramai di Masjid Nabawi menghalalkan jemaah melintasi depan orang solat ? Malah kesesakan juga menyebabkan ada jemaah terpaksa solat tidak menghadap kiblat kendatipun dalam Masjid yang disediakan panduan membina safnya. Mungkin ulama kontemporary boleh memikirkan ijtihad atau fatwa solat berdiri sahaja. Rukuk dan sujud memakan ruang.

Mungkin definasi Raudhah dilihat semula agar menjadi lebih luas, umpamanya memindahkan @ menganjakkan mimbar Rasulullah ? Ini membolehkan lebih ramai dapat solat seperti di Raudhah yang terkenal dengan tempat mustajab doa. Tak payah berebut, bersempitan, melintas orang solat serta menunggu lama yang seperti tidak produktif umat Islam ni. Atau itukah fitrah dalam meraih ganjaran yang Allah sediakan. Kena ada cabaran, bak kata pepatah orang Jawa dulu2, ‘no pain no gain’.

Catatan Madinahku @ Perkuburan Baqie : Perkuburan yang menyemadikan lebih 10,000 para sahabat, termasuklah para isteri serta kerabat Raaulullah s.a.w. Dikatakan mereka yang dikebumikan di sini akan mendapat syafaat Rasulullah s.a.w nanti. Walaupun tanpa tanda tapi tetap menjadi tanda bahawa para sahabat sebenarnya wujud bersama berjuang di sisi Rasulullah s.a.w.

Beruntung mereka yang diikebumikan di sini sehingga ada ulama yang masuk ke kawasan ini berkaki ayam demi menghormatinya. Dianjurkan kita berniat untuk mati dan dikebumikan di sini. Bagaimana nak dipasangkan tersebut dikebumikan di sini sedangkan kematian yang juga menjadi pra-syarat ke syurga, juga ditakuti ?

Catatan Madinahku @ Selamat Tinggal Rasulullah : Kejap lagi akan berangkat ke Mekah, insyallah ada rezeki datang menziarahi mu lagi ya Rasulullah. Apa yang dirindui bagi mereka yang telah sampai di Mekah dan Madinah. Raudhah ? Rindu dengan kedamaian Masjidi Nabawi dan Rindu dengan nikmat berada di Raudhah.

Terasa hampir dengan Rasulullah apabila melewati makamnya sambil mengucap salam? Bukankah kuliah agama dan majlis-majlis ilmu juga taman2 syurga ? Sejauh mana mampu menterjemahkan kerinduan itu menerusi penerusan amal setelah balik ke tanahair tanpa bergantung kepada lokasi. Kenapa masjid surau masih sunyi, majlis2 ilmu masih sepi, dimana perindu Rasulullah dan Raudhah ? 

Lagi Catatan Madinahku @ RnR Wadi Qudaid : Di tengah perjalanan dari Madinah menuju Mekkah, kami berhenti makan malam di sebuah RnR serta solat Jamak Maghrib dan Isyak. Ia merupakan sebuah kawasan yang terletak dalam wilayah Wadi Qudaid yang sekaligus Mutawwif mengingati peristiwa Hijrah Rasulullah s.a.w yang singgah ke sini, iaitu khemah Ummu Ma’bad setelah tiga hari perjalanan dari Mekah untuk mendapatkan bekalan. Namun yang ada hanya kambing betina tua, lantas Rasulullah s.a.w minta izin untuk memerah susunya. Rasulullah s.a.w pun mengambil kambing tersebut, sambil tangannya mengusap kantong susunya dengan menyebut nama Allah dan mendo’akan Ummu Ma’bad.

Tiba-tiba kambing mengeluarkan air susu dengan lajunya sehingga semuanya kekenyangan dapat minum susu tersebut. Tidak lama setelah rombongan Rasulullah s.a.w berlalu, kembalilah suami Ummu Ma’bad kehairanan perihal kambingnya. Ummu Ma’bad menjawab, “Demi Allah, Sesungguhnya seseorang yang penuh berkah telah singgah rumah kita” dan Ummu Ma’bad menceritakannya terperinci sehingga suaminya Abu Ma’bad sangat berhasrat mendapatkannya untuk menyatakan keislamannya dan berbai’at. Gambaran serta huraian Ummu Ma’bad tentang Rasululullah s.a.w begitu masyhur sehingga digelar sebagai Wanita Penutur Sifat Rasulullah s.a.w.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 64 - Today Page Visits: 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *