Selamat Maju Jaya YB Maszlee

16 Januari 2020 : Berkesempatan hadir dalam Majlis Sekalung Budi bagi meraikan perpisahan dengan mantan YB Menteri Pendidikan, YBhg . Dr Maszlee Malik yang juga Ahli Parlimen Simpang Renggam, Johor.

Dalam ucapannya YBhg Dr Maszlee menyatakan rasa syukur kerana diberikan peluang selama 20 bulan menjadi sebahagian daripada keluarga besar KPM yang mempunyai peranan dalam mendidik bangsa dan mencorakkan masa depan negara kita sendiri.

Walaupun sebentar sahaja, namun baginya ia memberikan kesan yang amat signifiken dan impak yang amat besar dalam hidupnya kerana ia juga merupakan suatu amanah. Selamat Maju Jaya YB !!!

Please follow and like us:
Total Page Visits: 167 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *