Buku Hidayatus Salikin

Sering menggunakan kitab ini dalam kuliah-kuliah, tetapi kitab versi tulisan jawi. Bukan tak reti baca jawi, namun format dan susunannya agak sukar dibaca, difahami dan dirujuk Kembali. Lagi-lagi banyak dalil sama ada ayat al-quran atau hadith tidak menyatakan rujukan dan perawinya. Kalau tidak berguru dengan para ustaz2, memang sukar untuk memahaminya.

Kitab asal Hidayatus Salikin ditulis oleh Syeikh Abdus Shamad Al-Palembani atau di panggil juga Syeikh Abdus Shamad bin Abdur Rahman al-Jawi al-Palembani. Lahir di Palembang pada tahun 1150 H, atau 1737M. Ini yang teringin nak ke Palembang Indonesia sesambil menyusuri kesan-kesan Kerajaan Sriwijaya dulu2.

Syeikh Abdus Shamad al-Palimbani merupakan ulamak nusantara yang banyak menimba ilmu daripada berbagai guru ternama, bukan sahaja dari Mekah dan Madnah, tetapi banyak negara di timur tengah.  Beliau juga pernah menjadi guru atau pengajar di Haramain serta aktif menulis dengan berbagai karya.

Kini, alhamdulillah telah ada buku yang menulis semula salah satu bukunya iaitu Hidayatus Salikin dengan gaya, format dan susunan baru dalam tulisan rumi lagi.  

Please follow and like us:
Total Page Visits: 74 - Today Page Visits: 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *