Khutbah Hari Wilayah 2018

Bersempena dengan sambutan Hari Wilayah Persekutuan yang jatuh pada 1 Feb, khutbah hari ini membicarakan tajuk yang juga tema sambutan, “Wilayah Ceria Rakyat Sejahtera”. Menurut khatib, kecerian Wilayah Persekutuan adalah berkait rapat dengan kesejahteraan warganya yang seharusnya bertunjangkan mengajak kepada amal makruf dan mencegah kemungkaran.

Oleh yang demikian, rakyat dan pimpinan hendaklah bekerjasama dalam usaha mengekalkan kecerian dan kesejahteraan Wilayah Persekutuan.

Maksud firman Allah, “Sekiranya penduduk kota itu beriman kepada Allah dan bertaqwa, pasti kami akan melimpahkan berkat kepada mereka dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan ayat2 kami. Maka kami seksa mereka disebabkan perbuatan mereka” ( Surah Al-A’raf : 96 ).

Please follow and like us:
Total Page Visits: 33 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *