Tahniah Dr Nadiah

Alhamdulillah…. setelah 5 tahun berhempas pulas melalui pelbagai rintangan, dugaan dan cabaran, kuliah demi kuliah, assignment, presentation, kuiz dan exam, menghadam kandungan buku2 yang tebal lagi mahal2, bersengkang mata ketika study dan stado, malah hingga nak tukar course. Akhirnya menemui noktahnya juga …

Hari ini merupakan hari bersejarah buat anakanda Nurul Nadiah Hassan kerana penyertaannya dalam Majlis Oath Taking, Kulliyyah Of Medicine IIUM ( 15th MBBS ) 2016, bagi melafazkan “The Oath Of a Muslim Physician” umpama mini konvo yang diadakan bagi menandakan lulus menamatkan pengajian perubatan di UIA Kuantan.

Terima kasih juga kepada semua atas doa, dorongan, kata2 semangat dan bantuan kawan2 serta para pensyarah. Terima Kasih JPA, terima kasih UIA, Darul Quran Kuala Kubu Baru, JAKIM dan SAMBEST JAIS, SK Merbau Sempak ( alamak panjang pulak ), SRA Merbau Sempak, SK Selayang Jaya, SRA Ibnu Khaldun Rawang dan SAR Ummul Qura Selayang Pandang. Moga Allah jua yang membalasnya.

Tangunggjawab seterusnya yang lebih besar adalah cabaran dalam memenuhi tuntunan fardhu kifayah ummah …

Please follow and like us:
Total Page Visits: 165 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *