Pesta Wau Antarabangsa Kelantan Ke-38

4 Ogos 2018 : Berkesempatan singgah bagi mengunjungi Pesta Wau Antarabangsa Kelantan kali ke-36 yang diadakan di Pantai Geting, Tumpat, Kelantan. Dah yang ke-36 rupanya, tapi kali pertama dapat hadir..

Pesta ini turut disertai 250 peserta tempatan yang mewakili negeri, agensi dan sekolah mengikut kategori masing-masing. Juga melibatkan 30 peserta daripada 12 negara luar yang mengambil bahagian dalam peringkat antarabangsa. Antara negara terbabit ialah Norway, German, Brunei, Indonesia, Kemboja, Singapura, Thailand, Austria, Jepun, USA dan China.

Dapat menyaksik an sendiri sebahagian layang-layang pelbagai saiz, bentuk dan corak dinaikkan ke udara sempena pesta tersebut. Menarik jugak.

Menjadi harapan penganjur supaya pesta ini dapat mencapai kejayaan yang gemilang dan meriah dari setahun ke setahun. Di samping itu juga kesenian dan kebudayaan serta keunikan permainan tradisi rakyat (wau) dapat menarik pelancong datang ke negeri Kelantan.

Malangnya semua wau modern dan tiada wau tradisional berlegar2 di udara. Mungkin masa lain kot. Kalau tidak, namakan je Pesta Layang2, macam yang di adakan saban tahun di Pasir Gudang. Atau apakah definasi wau sudah berubah ?

Please follow and like us:
Total Page Visits: 42 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *