December 8, 2022

Percetakan Quran @ Nasyrul Quran Putrajaya

7 April 2018 : Satu lagi tarikan di Putrajaya yang dikatakan baharu serta kini sering menerima kunjungan yang tidak putus2.

Belum pun dibuka secara rasmi, berpeluang, Mengikuti rombongan jemaah Surau Al-Manar Presint 14, menziarahi Nasyul Quran Kompleks percetakan Al-Quran kedua terbesar dunia, Nasyrul Quran di Presint 14, Putrajaya.

Pembinaan kompleks diatas tanah seluas 2.09 hektar dengan peruntukan kerajaan RM60 juta ( kos bangunan, mesin cetak dan mesin jilid ) itu dioperasikan oleh Yayasan Restu dengan 250 pekerja.

Kilang ini dikatakan mampu mengeluarkan lebih sejuta naskhah al-Quran setahun untuk kegunaan domestik dan antarabangsa. Untuk rekod, kilang terbesar adalah King Fahd Complex for the Printing of the Holy Qur’an, terletak di Madinah dan yang dikatakan mencetak 10 juta naskhah setahun untuk dieksport ke seluruh dunia

Pengoperasian kompleks dianggap suatu sumbangan Malaysia dalam mengembang dan memartabatkan kitab suci umat Islam itu di persada dunia, selain menjamin usaha menampung pertambahan keperluan Al-Quran di peringkat domestik dan dunia.

Menariknya mushaf yang diterbitkan bukan sekadar mencetak tetapi turut menyalin bagi menghasilkan manuskrip al-Quran sentuhan anak tempatan menerusi proses kajian dan penyelidikan menyeluruh bagi menjadikan mushaf terbitan Malaysia mempunyai identiti tersendiri.

Nama ‘Nasyrul Quran’ diambil daripada bahasa Arab bermaksud penyebaran al-Quran, sesuai dengan fungsi yang bukan hanya setakat sebagai pusat percetakan bahkan sebagai pusat penyelidikan, pentafsiran, penterjemahan dalam pelbagai bahasa, penerbitan dan pengagihan al-Quran.

Penerbitan bermula daripada proses menyalin untuk dijadikan manuskrip, memeriksa, membuat reka bentuk hiasan sehingga mencetaknya sendiri di kilang ini. Malangnya semasa hadir, kerja-kerja percetakan tidak dilakukan sebab hujung minggu.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 1284 - Today Page Visits: 1