Hari Terbuka Nasyrul Quran 2018

0

Berkesempatan pula hadir ke Kompleks Nasyrul Quran untuk menyertai program Hari Terbuka Nasyrul Quran bersempena Ulang Tahun Pertama pada 2 Disember 2018 bersamaan 24 Rabi’ul Awal 1440H, bermula jam 9 pagi sehingga 9 malam di Kompleks Nasyrul Quran, Presint 14, Putrajaya.

Sebagaimana dijangka berduyun-duyun orang datang mengunjunginya. Pelbagai acara diadakan pada hari tersebut.

Antara aktiviti-aktiviti menarik diadakan adalah seperti, Klinik al-Quran bersanad & Klinik Solusi al-Quran, persembahan Maulid, Berzanji, Burdah, Qasidah, lawatan ke kilang percetakan dan jualan food truck.

Turut tidak ketinggalan ialah jualan produk al-quran dan buku-buku Islamik pada harga yang murah, malah sehingga diskaun 70%

Kesempatan ini diambil untuk melihat dengan lebih dekat proses penerbitan dan percetakan al-Quran.

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *