Tapak Pembinaan ECRL @ Kg Raja

Dulu2 mungkin 10-15 tahun lalu apabila di cadangkan perhubungan seperti MRT, ERT atau ERL di Besut, tegelak sinis dibuatnya. Tapi rupanya ia bakal menjadi kenyataan dengan pembinaan ECRL yang bakal menghubungkan KL atau Gombak dengan Pengkalan Kubor Kelantan dengan keratapi laju sejauh 600km melalui juga stesen di Kg Raja, Besut.

Malah pembinaan sedang berjalan, walaupun jangkaan siap tahun 2030. Tapak projek dapat dilihat di pinggir pekan Kg Raja. Apakah ini gimik PRU ?

Siap nanti mudahlah nak ke Pulau Perhentian & Redang, mungkin juga meluaskan pasaran keropok, nasi dagang kain sutera, batik dan songket Terengganu. Huhu … Tapi in-return, apa Kerajaan China dapat dengan melaksanakan projek ini yang dikatakan menelan belanja RM55 billion ?

Please follow and like us:
Total Page Visits: 105 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *