Pantai Bukit Keluang

Pantai Bukit Keluang merupakan salah sebuah Pusat Peranginan yang utama di daerah Besut. Pantai ini mempunyai tarikan tersendiri yang boleh memukau para pengunjung tempatan dan luar negara dengan keindahan dan keunikannya.

Struktur batuan di tepi pantai ini serta gua-gua kecil yang terbentuk dahulunya dikatakan menjadi tempat persembunyian para lanun.

Tempat ini terletak antara Pekan Jertih dengan Pekan Kuala Besut iaitu kira-kira 19km dari Pekan Jertih dan 4km dari Pekan Kuala Besut.

Anda boleh dilawai melalui jalan darat sama ada memandu sendiri atau teksi dari Kuala Besut atau Jerteh. Melalui jalan dari Jerteh ke Kuala Besut, terdapat sebuah pintu gerbang pada tepi laluan di Pengkalan Nyireh dan terus masuk dan ikut papan tanda arah untuk menuju ke Pantai Bukit Keluang. Dalam perjalanan, anda akan melewati pelbagai bangunan seperti MRSM Besut, Maktab Perguruan dan Pusat Latihan Islam Wilayah Timur.

Seperti juga pantai lain yang terdapat di Besut, keindahan semulajadi merupakan tarikan utama, pasir pantai yang bersih, bukit yang tersergam megah, lautan yang kebiruan selain keindahan pulau-pulau kecil yang boleh dilihat dari tepi pantai.

Kehijauan hutan yang belum terusik mendamaikan mata yang memandang. Abadikan kenang-kenangan bersama keluarga dengan lensa anda.

Di pantai ini anda juga boleh mandi manda. Tempat mandi untuk bilasan juga disediakan. Selain daripada itu terdapat juga pelbagai kemudahan lain seperti restoran, tandas awam dan wakaf untuk berehat.

Jika meminati aktiviti mendaki, boleh mencuba mendaki  kepuncak bukit yang berdekatan. Tidak berapa tinggi dan tidak juga mencabar. Dalam masa 15 minit dah boleh sampai ke atas serta menikmati pemandangan indahnya.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 39 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *