Destinasi Berkelah di Besut

LA Hot Spring Hulu Besut

Kolam Air Panas Kampung La atau lebih dikenali sebagai LA Hot Spring terletak di kawasan yang agak pendalaman iaitu di Hulu Besut kira-kira 28 km dari Bandar Jertih Terengganu. Walaupun sudah lama wujud dan dikunjungi oleh penduduk tempatan pada setiap hujung minggu dan cuti am, ia sebenarnya mula dibuka kepada orang ramai sebagai tempat pelancongan pada tahun 1992.

Kolam tersebut menjadi tumpuan kerana pengunjung berpeluang melihat air panas asli yang keluar menerusi lubang dari sebuah bukit dan terus mengalir ke dalam kolam yang disediakan. Air panas yang mengalir ini mengandungi kimia sulfur atau belerang dengan kepanasannya mencapai 49 darjah celsius.

Keadaan ini dikatakan mengandungi khasiat untuk mengubati penyakit kulit dan juga boleh dimandi. Dengan hanya merendam kaki ke dalam kolam-kolam yang disediakan, ia dikatakan boleh membantu melancarkan peredaran darah dalam tubuh kita.

Di samping itu, terdapat pelbagai kemudahan asas disediakan di LA Hot Spring ini antaranya, tandas awam, bilik persalinan, surau, ruang letak kereta dan gerai makan. Jalan raya untuk anda sampai dari Pekan Jertih juga telah dinaiktaraf bagi melancarkan perjalanan pengunjung.

Jika anda perlukan tempat yang nyaman, jauh dari kesibukan bandar dan kota serta pencemaran, sedah tentu ini adalah pilihan terbaik untuk dikunjungi bersama keluarga.

Air Terjun Lata Tembakah

Air Terjun Lata Tembakah mungkin merupakan antara air terjun tercantik di Malaysia. Kalaupun tidak, tercantik di Terengganu. Air terjun ini terletak di Hutan Simpan Pelagat berdekatan kampung Jabi, Jertih kira-kira 24 km ke selatan daripada bandar Jertih dan 130 km dari Kuala Terengganu.

Jangan lepaskan peluang untuk berkelah, bermandi manda menikmati kesejukan dan kesegaran air terjun ini apabila berkunjung ke Jertih. Ia memang tidak asing bagi penduduk tempatan serta pengunjung dari Kelantan.

Lata Tembakah ini mempunyai tujuh tingkat air terjun dan banyak kolam-kolam takungan untuk anda bermandi-manda dengan persekitaran yang indah untuk diabadikan dengan kamera anda. Namun anda perlu berjalan dari satu kolam ke satu kolam sekiranya mahu mengunjungi setiap kolam.

Bagi yang membawa keluarga terutamanya anak kecil, kolam-kolam takungan di tingkat satu dan dua selalu menjadi pilihan kerana ianya lebih besar dan tidak perlu berjalan agak jauh yang tentu memenatkan.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 36 - Today Page Visits: 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *