Made In Penang Interactive Museum

Sebenarnya jarang berpeluang turun dan jalan2 sekitar Pulau Pinang. Namun kali ni berpeluang berkunjung ke Muzium Interaktif Made In Penang daripada pelbagai muzium yang terdapat di sekitar Pulau Pinang.

Dikatakan merupakan muzium yang pertama dan terbesar di Pulau Pinang yang dibina dalam bangunan yang pernah menjadi bangunan komersial di pinggiran Pelabuhan Pulau Pinang suatu masa dahulu.

Dengan tiket masuk RM25 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak2, pelbagai perkara menarik boleh di perolehi dalam lawatan kekira 1 jam 30 minit, bergantung kepada aksi-aksi sendiri yang dipandu oleh petugas-petugas muzium.

Terompah atau lebih dikenali sebagai Cha Kiak ini juga cukup terkenal di Penang. Dengar cerita, kini hanya tinggal dua orang pembuat terompah sahaja yang ada di Penang – di Air Itam dan Jalan Perak. Menarik juga kalau dapat tengok bagaimana terompah ini dihasilkan

Di samping mempelajari sejarah, pengunjung dapat mengabadikan kenangan dalam bentuk seni visual kreatif beasaskan 3D.

Masih berpeluang duduk berbual dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di kedai kopi dalam keadaan kesibukan beliau menjalankan tugas.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 92 - Today Page Visits: 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *