December 8, 2022

FLORIA Diraja Putrajaya 2018

Sejak berpindah lokasi dan dilkenakan bayaran untuk pengunjung Floria Putrajaya, rasa macam sudah tidak berapa minta nak berkunjung. BUkanlah sebab harga iket, tetapi entahlah. Padahal kandungan atau bahan pameran semakin dipertingkatkan.

Malah penganjur mensasarkan sejuta pengunjung ke FLORIA Diraja Putrajaya 2018 (FLORIA) di Anjung FLORIA Presint 4, Putrajaya, mulai 25 Ogos hingga 2 September 2018.

Penganjuran 2018, merupakan ulangtahun ke 10 dengan bertemakan ‘10 Kegemilangan FLORIA’, lebih 400 ribu pokok pelbagai jenis, kultivar bunga-bungaan dan tanaman hiasan akan dihimpunkan sepanjang sembilan hari penganjuran festival itu.

Selain itu, terdapat juga replika Istana Kenangan Kuala Kangsar, arca Labu Sayung di tengah kolam yang dikelilingi bunga warna-warni diinspirasikan daripada taman diraja, selain replika Menara Jam Kuala Kangsar.

Seramai 29 pereka bentuk antarabangsa dari sembilan negara, termasuk China, Jerman, Indonesia, Jepun, Korea dan Filipina terlibat menjayakan edisi kali ini.

Hasil kreativiti mereka akan diolah dalam bentuk gubahan bunga, berkonsepkan taman.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 1030 - Today Page Visits: 1