Karnival Pekerjaan, Kemahiran & Keusahawanan Pokok Sena

29 September 2018 bertempat di Sekolah Menengah Sains Pokok Sena telah diadakan Karnival Pekerjaan, Kemahiran & Keusahawanan. Intitut Latihan Perindustrian Jitra (ILP Jitra) juga antara agensi yang turut serta memeriahkan program.

Aktiviti yang dijalankan adalah pameran dari pelbagai Agensi Latihan Kemahiran, Pameran Robotik, Temuduga terbuka serta pameran Keusahawanan.

Selain pameran latihan kemahiran ILP Jitra juga menampilkan jentera Go Kart yang dibangunkan oleh pelajar serta pensyarah yang bergiat aktif dalam pembangunan projek inovasi.

Sebagai Ahli Parlimen Pokok Sena, program ini mungkin sangat penting kepada beliau, khususnya dalam membantu rakyat dalam kawasannya mendapatkan pekerjaan.

Namun dengan melihat daripada segi sambutan, ianya perlu dinilai semula memandangkan tidak banyak peluang pekerjaan ditawarkan sepanjang Karnival sehari ini.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 77 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *