Mega Komuniti Hijrah

Berpeluang mendengar sendiri celoteh pengalaman dan luahan rasa bekas pengamal LGBT yang telah ‘berhijrah’ dalam Program Le Tour De Putrajaya – usrah Mega Komuniti Hijrah anjuran Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama pelbagai NGO Komuniti LGBT yang telah ‘berhijrah kepada fitrah’.

Tidak sangka pulak terdapat pelbagai kumpulan sebegitu. Mungkin sebab sudha terlalu ramai atau suatu keperluan dalam memastikan penghijrahan mereka berpandu ke arah yang betul

Majlis turut diselang-selikan dengan tazkirah daripada para ustaz-ustazah dan persembahan buskers dari kumpulan RJ Tazker.

Kebanyakkan perubahan disebabkan pelbagai ujian yang melanda sehingga menerbitkan keinginan untuk mati dengan husnul khatimah dan tak mahu masuk neraka, yang mendorong kepada keinsafan dan alhamdulillah, berbetulan ada individu atau NGO yang tampil ‘menyahut’ penghijrahan mereka dengan sokongan JAKIM kemudiannya.

.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 125 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *