Ceramah Perdana Ustaz Dr. Abdul Somad Lc. MA

3 Feb 2020 : Mengikuti Ceramah Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Dr. Abdul Somad Lc. MA, Murabbi Nusantara dari Riau, Indonesia yang menyorot sejarah perkembangan Islam sehingga sampai ke nusantara ini. Dah lama tak merasa jemaah yang ramai seumpama majlis hari ini di Masjid Besi ni.

Ceramah tersebut diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Wilayah Persekutuan (SHWP) 2020 peringkat Putrajaya sebaik Majlis Kesyukuran dan Ceramah Perdana.

Program sinergi antara KWP,  PPj dan MTMZA bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim, perpaduan sesama kaum muslimin serta platform interaksi dan ramah mesra warga Wilayah Persekutuan. Dianggarkan seramai 5,000 orang menghadiri acara ini.

Ceramah yang bertajuk “Pembangunan Masyarakat Sejahtera: Mencontohi Nabi SAW dalam membangunkan masyarakat sejahtera Mengikut Al-Quran dan Sunnah” itu  juga mengetengahkan idea serta perkongsian dalam melahirkan sebuah masyarakat sejahtera yang seimbang dari segi fizikal dan spiritual dalam membentuk sistem kekeluargaan yang harmoni serta masyarakat madani.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 186 - Today Page Visits: 4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *