Wachaa Burger Pt Kadir

Kalau balik kampung, sering berkira-kira nak singgah di Wachaa Burger Parit Kadir. Kalau pergi pulak, tidak syok sorang-sorang. Kena bawak semua anak-anak sedara, sambil mak bapaknya ikut sama.

Kali terakhir singgah pasa 22 Disember 2019. Terasa berbeza kali ini dengan hiasan dan kepelbagaian menu. Terbaek!!! Sebelum ini dikatakan dilanda rebut sehingga terpaksa tutup beberapa hari.

Mungkin pelik, dicelahan kampung ada tempat makan western sebegitu. Siapa agaknya target pengusaha kedai makan tu.  Takkan orang kampung hari-hari nak makan burtger ? Tetapi Wacha burger kini menyediakan pelbagai menu termasuk nasi, spaghetti dan char kueu tiaw

Pernah merasa pelbagai masakannya dan boleh dikatakan semua-nya enak-enak belaka. Itu yang terasa nak repeat aje.

Walaupun selalunya ramai pengunjung, tetapi masa menunggu tidaklah lama sangat. Kalau nak makan free, boleh datang pada hari lahir anda … haha. Tapi jangan lupa bawak Kad Pengenalan.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 165 - Today Page Visits: 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *