Run For Fund KIDaS 2017

Menerima jemputan bagi memeriahkan lagi program Run For Fund yang dianjurkan bagi mendapatkan dana untuk pembangunan bangunan tambahan KAFA Integrasi Darul Syahadah ( KIDaS ).

Peluang diambil untuk bertemu muka dengan rakan-rakan seperjuangan dahulu yang masih tetap bersemangat tinggi dalam membangunkan .KIDaS. Tenaga pengajar pun sudah ramai yang berubah.

Berdasarkan pemerhatian, program ini mendapat sambutan yang sangat mengalakkan oleh penduduk, khususnya ibubapa anak-anak KIDaS.

Teringat suatu masa dahulu, kami mengadakan program yang seumpamanya sebagai sebahagian usaha mendapatkan dana. Kecoh masa itu dengan isu seolah-olah menggunakan anak-anak KIDaS mendapatkan derma.

Sekadar nak berkongsi beberapa foto yang sempat diambil. Tahniah kepada JK pengelola dan terima kasih atas jemputan..

Please follow and like us:
Total Page Visits: 139 - Today Page Visits: 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *