Jalan2 Pasar Wakaf Che Yeh

Jika turun dan bermalam di Kota Bharu, sering cari-cari peluang jalan-jalan di Pasar Malam Wakaf Che Yeh.

Pasar ini bermula hamper maghrib dan berlarutan hingga larut malam. Pelbagai jualan di sini, ala-ala uptown kalua di Lembah Kelang. Kadang-kadang tu saja-saja je ambik angin.

Jika ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh, port yang selalu dicari ialah port ‘Raja Lelong’. Kekadang tu bukan beli pong, suka tengok gelagat pelelong tu membuat pelbagai tawaran.

Barangan yang dijual tu nasibla kepada pembeli. Memang harga tak masuk akal. Ape taknya, kalau Samsung S9 rega Rm 120 ? Jam Tangan G-Shock rega RM5, kalau didapati tak berfungsi tu takkan nak marah balik macam beli RM100, kan ?

Please follow and like us:
Total Page Visits: 62 - Today Page Visits: 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *