Hari Pekerja 2017

1 Mei 2017 : Bersama kira-kira 3000 yang hadir dalam perhimpunan Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2017 pagi di PICC tadi dengan tema ‘Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi” yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia.

PM dalam ucapannya membayangkan cabaran dalam pasaran buroh dan pekerjaan akan datang apabila perluasan kombinasi pelbagai bentuk agen perubahan seperti teknologi maklumat dan internet, IOT, robotik, teknologi nano, task automation dan percetakan 3D sehingga boleh menyebabkan penghapusan pekerjaan, peningkatan produktiviti buruh dan jurang kemahiran yang semakin meluas.

Bagi mendepani keadaan ini, kerajaan perlu menceburi bidang Digital Economy, antaranya dengan memperkenalkan eUsahawan serta memberi penekanan terhadap aspek inovasi dan produktiviti menerusi 5 Lonjakan Transformasi Pekerja.

5 Lonjakan tersebut adalah (1) Mengutamakan Kebajikan dan Kesejahteraan para pekerja (2) Mengoptimumkan modal insan, memperkukuh perancangan dasar dan sistem gaji (3) Mengupayakan Pendidikan dan Latihan Teknikal Dan Vokasional berdasarkan industri (4) Memperkasakan agensi penyedia perkhidmatan pekerjaan awam seperti JobMalaysia dan (5) Memperluaskan Perlindungan Keselamatan Sosial menerusi Sistem Insurans Pekerjaan.

Selain bertugas dalam JK Visual, seronok juga dapat jumpa teman2 lama. Selamat Hari Pekerja 2017

Please follow and like us:
Total Page Visits: 39 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *