Forum Perdana Ehwal Islam Hari Pekerja

28 April 2017 : Bersiaran langsung pula tadi dengan RTM1 dalam Forum Perdana Ehwal Islam sempena Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2017 dengan tajuk ‘Kreatif Dunia Saham Akhirat’.

Ahli panel terdiri daripada YBhg Dato’ Badli Shah Alaudin dan Dato’ Dr Hj Mohd Izhar Ariff dengan Ustaz Mohd Hariri sebagai moderator.

Manusia diberikan aqal untuk berfikir berkreativiti dan berinovasi dalam urusan dunia untuk penambahbaikan tanpa mengubah apa yang telah di syariatkan dalam Islam. Terdapat banyak contoh dari Rasulullah s.a.w sama ada dalam pergaulan, urusan pentadbiran termasuk dalam Peperangan.

Dalam Perang Badar, tawanan boleh bebas dengan syarat kena mengajar membaca, menulis serta berpidato, bukan sebagai hamba. Manakala dalam Perang Khandak, menggali parit sebagai suatu strategi yang inovatif.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 56 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *