Penyampaian Sumbangan Ramadan 2020

Selesai misi penyampaian sumbangan Ramadan kepada kira2 80 ahli kariah Surau Al-Syakirin terpilih. Sumbangan berbentuk makanan asas seperti beras, gula, tepung, minyak masak serta makanan kering.

Terima kasih juga kepada para penyumbang, termasuk penyumbang yang sudi convert sumbangan berbuka puasa Ramadan tahun ini  kepada sumbangan sebegini sempena dengan arahan Perintah Kawalan pergerakan ( PKP ) ekoran pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara. Juga terima kasih kepada para sukarelawan yang sudi membantu dalam menjayakan misi ini.

Semua operasi ini telah mendapat kelulusan pihak polis Putrajaya yang juga turut menghantar anggotanya bagi memantau operasi yang dilakukan agar menurut SOP perintah PKP.

Semoga Ramadan kali ini dapat ditempuhi bersama dalam suasana ‘Norma Baru’ yang diberkati Allah dan doa banyak2 agar pandemik COVID-19 segera tamat.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 246 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *