Bazar Ramadan & Daurah Madinah @ Stadium Kota Bahru

Tidak pastilah sama ada nak kata terbaik, tetapi sebenarnya menarik. Stadium Sultan Muhamad ke-IV menjadi tumpuan warga Kota Bahru dan orang ramai sepanjang Ramadan kerana terdapat Bazar Ramadan di ruang parkir stadium berkenaan.

Memang unik dan menawarkan pelbagai pilihan makanan berbuka puasa dan telah dikenali sekian lama serta masih menjadi lokasi terbaik untuk memilih pelbagai juadah untuk berbuka dengan harga yang berpatutan.

Berkesempatan turun beberapa kali dan pelbagai juadah berbuka dijual, termasuk yang klasik atau tradisional, juadah modern buahan, pelbagai jenis minuman serta juadah yang menjadi viral.

Inikah yang dikatakan Burger Kerbau Guling ?

Daurah Madinah

Sebelah malam pula dapatkan pengalaman solat terawikh 8 rekaat di Daurah Al-Quran Madinah, yang juga terletak di perkarangan Stadium Kota Bahru.

Khabarnya diadakan setiap tahun sejak beberapa tahun kebelakangan. Pengalama hadir ketika ini, bacaan Imam yang mantop, aircond yang menyamankan, ruang selesa dan tazkirah yang mengujakan.

Ramai juga jemaah yang turut serta, cuma moreh aje yang takde

Please follow and like us:
Total Page Visits: 50 - Today Page Visits: 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *