Sambutan Maulidur Rasul 1439H

Walaupun buat pertama kalinya dapat bersalaman dengan DYMM Yang Dipertuan Agung, namun agak berdukacita kerana tidak dapat mendengar ucapan baginda untuk dijadikan buah tangan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan tadi malam.

Mungkin ini sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang paling ‘sempoi’ pernah dihadiri. Sambutan dengan tema “Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara” ini telah diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Selalunya diadakan perarakan, tetapi dikatakan dibatalkan pada saat-saat akhir, mungkin kerana faktor cuaca. Sedangkan setiap Kementerian, Jabatan dan Agensi Kerajaan serta swasta telah sedia memperagakan pakaian seragam baru mereka.

Namun sebagaimana biasalah, asyik jumpa saja rakan-rakan lama yang sering hadir dalam majlis seperti ini.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 167 - Today Page Visits: 1

1 thought on “Sambutan Maulidur Rasul 1439H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *