Kenangan @ Pulau Redang

15 September 2018 : Memang dah lama teringin nak ke Pulau  Redang. Tetapi entah camana, tetiba dapat info, call dan bank-in booking fee untuk bagi jadi. Tetapi pergi bertiga sahaja dan dengan pakej penginapan Delima Redang Resort. Khabarnya pengusaha bumiputra-Islam dan mendapat sijil halal Jabatan Agama.

Pulau Redang, yang terletak di Terengganu, merupakan destinasi pantai yang indah dan menarik untuk orang dari seluruh dunia.

Terima kasih kepada alam murni dan persekitaran marin yang kaya, Pulau Redang adalah salah satu pulau yang sewajarnya dilawati di samping pulau-pulau lain seperti Pulau Perhentian, Lang Tengah dan Pulau Kapas di Terengganu.

Malah, antara misi kunjungan ialah mengubah senarai Personal Best Local Snorkeling Spot …  Sebelum ini pernah ke Perhentian, Pulau Mabul-Kapalai, Pulau Payar, Manukan dan Pangkor.

Subhanallah !!! Sungguh mengujakan apabila berada di Pulau Redang ini. Menariknya bot yang digunakan merupakan bot besar, tidak seperti jika ke Pulau Perhentian.

Misi ke-dua ialah mencari ikan nemo pulak hari ini. Sesi nak bermanja dengan penyu terpaksa batal sebab hujan lebat yang tetiba turun.

Alhamdulilah .. berjaya akhirnya menemui nemo dengan bantuan pembantu group snorkeling. Mungkin mereka lebi arif dimana selalunya nemo berada.

Taman Laut Pulau Redang sepatutnya menjanjikan pengalaman menarik, namun ketika itu ombak teralu besar memukul pantai.

Tak terlarat kami nak melayannya. Di darat taman laut tersebut, terdapat galeri pameran mengenai kehidupan laut di Pulau Redang

Please follow and like us:
Total Page Visits: 60 - Today Page Visits: 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *