Majlis Penutup Pertandingan WorldSkills Malaysia Sarawak 2017

29 Oktober 2017 : Menghadiri Majlis Penutup Pertandingan WorldSkills Malaysia Sarawak 2017 yang disempurnakan oleh YAB Datuk Patinggi Dr Abang Hj Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Hj Openg, Ketua Menteri Sarawak di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK).

Pertandingan tersebut merupakan program anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran Wilayah Sarawak bersama Kem Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak dalam 11 bidang kemahiran yang pertandingkan sejak pertengahan Ogos lalu.

WorldSkills Malaysia Sarawak (WMS) 2017 merupakan pertandingan kemahiran peringkat negeri Sarawak yang dianjurkan bertujuan mengiktiraf belia atau pelatih dari mana-mana institusi TVET di Sarawak yang mempunyai kemahiran yang unggul dan berpotensi untuk mewakili Sarawak ke pertandingan kemahiran peringkat kebangsaan atau peringkat yang lebih tinggi lagi seperti World Skills Malaysia Belia (WSMB), ASEAN Skills Competition (ASC) dan World Skills Competition (WSC).

WMS2017 adalah satu pertandingan kemahiran untuk meningkatkan kekompetenan dan daya saing di kalangan pelatih institusi latihan kemahiran awam, swasta dan industri. Dengan adanya pertandingan ini, pelatih dapat bersaing secara sihat untuk menunjukkan kemahiran yang dimiliki di samping mendapat pengiktirafan dan ganjaran yang ditawarkan.

Zacchaeus Labang Anak Unyuk dari IKBN Miri bagi Kategori Telnologi Automatif telah memenangi Anugerah Tangan Emas Ketua Menteri Sarawak yang membawa pulang Piala, Sijil dan Wang Tunai RM5,0000. Ia merupakan anugerah kepada best of the best di kalangan pemenang 11 kategori. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan peserta pertandingan.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 72 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *