Dialog TN50 @ ILP Miri

Menghadiri Majlis Dialog TN50 Kementerian Sumber Manusia bersama Menteri Sumber Manusia semalam di Institut Latihan Perindustrian Miri, yang merupakan majlis terakhir dalam siri Dialog TN50 KSM.

Kira-kira 400 para pelajar, belia pekerja dan graduan sekitar Miri Sarawak telah hadir bagi berkongsikan aspirasi mereka dalam hal berkaitan TVET dan pekerjaan bagi tempoh 2020 hingga 2050 akan datang.  Ini adalah selari dengan peranan Kementerian Sumber Manusia sebagai peneraju dalam bidang pembangunan dan pengurusan sumber manusia bertaraf dunia.

Bagi bidang pembelajaran, tumpuan diberikan kepada latihan kemahiran, di mana aspirasi yang dikongsi dalam konteks keperluan kemahiran yang bersesuaian, peluang pekerjaan bagi kemahiran yang diperlukan pada masa hadapan.

Ini termasuklah pembabitan industri di dalam memperkasakan pendidikan berteraskan kemahiran serta lain-lain perkara yang dirasakan relevan bagi aspek pembelajaran terutamanya bagi pendidikan berteraskan kemahiran.

Manakala bagi bidang pekerjaan, aspek seperti keselamatan sosial, hak pekerja, keselamatan dan keselesaan di tempat kerja, keseimbangan di antara pekerjaan dan kehidupan sosial, faedah asas di tempat kerja dan banyak lagi aspek yang dirasakan penting dan boleh dijadikan agenda utama negara.

Perkara-perkara yang dikongsi ini boleh dijadikan asas kepada penggubalan dasar berkaitan pekerjaan oleh Kerajaan.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 26 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *