Keunikan Jambatan Darul Hana

Menikmati keindahan malam sambil menyusuri satu landmark baru di Bandaraya Kuching iaitu Jambatan Darul Hana yang dibuka secara rasminya pada 11 November 2017. Katanya detik  11 November dan jam 11.11.11 malam dipilih.

Jambatan yang menelan kos RM35 juta itu, berbentuk bengkok ‘S’ dengan lantai sepanjang 335 meter, disokong oleh dua kabel setinggi 45 meter dari menara keluli dengan kecondongan 48 darjah merentangi Sungai Sarawak. Ia siap dalam masa 4 tahun

Rupanya suatu ketika dulu, Sarawak pernah dipanggil Sarawak Darul Hana. Darul Hana bermaksud tempat atau kawasan kediaman yang aman dan harmoni, Jambatan itu dikatakan menjadi lambang “Home to Peace and Tranquility”. ),

Jambatan Darul Hana kini menjadi mercu tanda baharu di Tebingan Kuching merupakan pelengkap kepada bandar raya ini. Kedudukannya yang strategik berlatarkan bangunan Astana Negeri dan bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pastinya bakal menjadi tumpuan ramai untuk mengabadikan momen menarik di situ.

Tanggungjawab pelaksanaan projek ini diserahkan kepada Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) manakala kontraktor pembinaannya dilaksanakan secara konsortium oleh PPES Works (Sarawak) Sdn Bhd dan Naim Land Sdn Bhd.

Reka bentuknya yang lengkap dengan dua ruang tinjau pula merupakan cetusan ilham KTA (Sarawak) Sdn Bhd dengan sentuhan akhir, dilengkapi sistem pencahayaan

Please follow and like us:
Total Page Visits: 40 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *