Membawa Bonda Ke Langkawi

Tidak semena-mena pergi Langkawi. Tak merancang dengan betul. Tetapi sebab nak menemankan Bonda serta family adik, maka diturutkan juga.

Maka bertolaklah dengan dua buah kenderaan dari Saujana Utama malam hari dan sampai kira-kira suboh di Jeti Kuala Perlis.

Di Jeti Kuala Perlis memang banyak usher yang menjual produk-produk seperti penginapan dan kenderaan. Memang sebelum bertolak dah book hotel penginapan, tetapi dikatakan orang tak duduk hotel tersebut, berhantu dan tak ramai penginap.

Oklah terima, then book pula kenderaan. Tetapi apabila sampai Jeti Kuah, uzur sangat kenderaan tu. Sedangkan duit deposit dah bayar awal-awal di Jeti Kuala Perlis.

Sampai ke tempat penginapan, bilik pulak sempit. Gambar yang ditunjukkan di Kuala Perlis tadi macam besar dan luas bilik. Nak cancel, deposit dah bayar masa di Jeti Kuala Perlis. Maka pasrah ajelah.

Walaupun tiada perancangan sewajarnya, sehingga semuanya serba tidak berapa menjadi apabila sejak sampai ke Jeti Kuala Perlis. Redha ajelah.

Hari Kedua, merupakan hari yang padat dengan jadual lawatan.

Hari ke-dua bermula dengan berkelah di Pantai Pasir Tengkorak. Dulunya tempat mayat tentera Jepun mangsa perang disemadikan. Itu yang jumpa banyak tengkorak.

Sebelum sampai, kami singgah ke Pantai Pasir Hitam. Tetapi tidaklah boleh mandi sebab pantainya dikatakan berminyak hitam.

Sebelum sampai stesen kereta kabel, singgah di Berah Basah. Ia secara langsung mengenangi sejarah Langkawi dahulu yang pernah di serang oleh Siam.

Kemudian, naik kereta kabel di Gunung Mat Cincang. Ini kira yang paling menarik tetapi mencabar. Namun bonda tidak ikut sekali.

Berjalanlah ronda-roda ke tempat-tempat menarik di Langkawi dapat meredakan rasa ‘ralat’ pasal bilik dan kenderaan. Harap bonda dan famili adikku pun redha juga.

Tapi bilik hanya untuk tidur dan berehat, yang penting program jalan-jalan sekitar Langkawi membawa Bonda dan family adikku yang berkunjung buat kali pertama katanya.

Tidak berkunjung ke Makam Mahsyuri dianggap tidak sah. Itulah lagenda Langkawi. Selaian makam terdapat juga perigi yang dikatakan pernah digunakan oleh Mahsuri.

Shopping time. Pinggan mangkuk berjenama menjadi pilihan bagi golongan dewasa.

Hari terakhir, sebelum balik singgah di Dataran Lang yang terdapat ‘patung’ Burung Helang yang besar.

Sekadar mengabdikan kenangan di sini yang menjadi antara mercu tanda Pulau Langkawi.

Walaupun memakan masa yang agak lama untuk menyeberang dan meletihkan apabila menggunakan feri, namun kebaikan adalah shopping menjadi unlimited daripada segi beratnya.

Kalau naik flight, ada had berat barangan. Otw balik, ambik kesempatan singgah makan di kedai di tepi sawah padi. Saja nak amik feel.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 30 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *