June 21, 2021

Pengalaman Memanah

Pada 16 Ogos lalu, aku berkesempatan mendpat pengalaman bagaimana memanah. Mungkin tidak seperti dalam cerita koboi red indian atau filem-filem lama. Tetapi ini memanah sukan atau hobi orang masakini. Dengan hanya 6 anak panah dengan caj RM3 aku pun mencuba, sekadar nak rasa pengalaman memanah. Sebelum memanah aku diajar asas-asanya, serta beberapa tips pemakaian alat untuk keselamatan, supaya tidak cedera tangan serta jari.

Payah juga, 4 busar pertama tidak mengena sasaran, malah melencong jauh. Puas jurulatih dok ajar sedangkan jarak sasaran hanyalah 20 meter. Kemudian, dua yang akhir baru kena. Tapi entah apa istimewanya memanah ini. Mungkin kalau main lama-lama jadi gian dan syok pulak. Kalau Rasulullah s.a.w galakkan memanah dulu mungkin untuk pertahanan diri dan buka setakat sukan atau suka-suka sahaja

Agak mahal juga pemanah ni. Kata jurulatih tu, reganya paling murah sekitar RM500 ( seperti yang aku gunakan dan agak ringan jugak ) dan ada yang beribu seperti dalam kejohanan olimpik. Busar anak panah tu ringan aje macam dibuat daripada aluminium. Reganya sedozen sekitar RM300. Board sasaran sekitar RM 50 – RM200.

Bagi atlit memanah di Malaysia, nampaknya sudah mesuk ke peringkat dunia dan olimpik. Aku rasa acara ini patut jadi tumpuan kepada rakyat Malaysia kalau nak menang dalam olimpik atau sukan besar-besar. Ini kerana yang diperlukan hanya penumpuan terhadap sasaran, tidak perlu ada body contact. Tak macam main bola, kena langgar sikit sudah rebah. Main badminton pulak dikatakan mental tak kuat. Maknanya tak ada oponent yang bertemu muka seperti ping pong, skuasy dan takraw.

.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 145 - Today Page Visits: 2