Kematian Ustaz Datuk Ismail Kamus

8 Mei 2020 : Telah beberapa kali berita kematian Ustaz Datuk Ismail Kamus tersebar sebelum ini. Tetapi yang kali ini, ianya benar-benar berlaku.

Pendakwah tanah air dan pengasas Persatuan Perubatan Islam Darussalam Malaysia, Datuk Ismail Kamus menghembuskan nafas terakhir pada pukul 12.30 tengah malam di kediaman beliau di Ampang pada usia 72 tahun. Meninggal dalam bulan Ramadhan, hari Jumaat lagi. Allahu Akbar. Didoakan agar Allahyarham  dikurniakan husnul khatimah dan diberikan ganjaran syurga Allah s.w.t.

Beliau yang suatu ketika dahulu sering muncul di kaca TV khususnya dalam program Forum Perdana Ehwal Islam, kemudiannya tidak muncul lagi setelah bertanding dalam Pilihanraya Umum pada tahun 1999 dan menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia sehingga 2004, serta pernah memegang jawatan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Manakala Pada 22 November 2011, responden terpilih sebagai Tokoh Maal Hijrah 2011 peringkat Negeri Selangor

Dulu-dulu sering juga mengikuti kuliah-kuliah agamanya, termasuk menerusi kaset-kaset, CD, VCD dan kini youtube. Bergantung kepada mood kuliah, sering juga beliau menggunakan pendekatan bergurau, berlawak atau menggunakan kata-kata lucu menerusi sindiran mesranya.

Allahyarham juga adalah seorang perunding motivasi dan pendakwah bebas dengan memberi ceramah agama di merata tempat luar negara seperti Brunei Darussalam, Indonesia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan negara Asia Barat.

Semoga Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham, diterima amal soleh, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan di kalangan para solihin

Please follow and like us:
Total Page Visits: 110 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *