Istana Kellie Berhantu ?

Kellie’s castle di bina oleh Wiliam Kellie Smith yang berasal berasal dari sebuah kampung di Scotland, bernama Kellas. Pada tahun 1890, Ketika berusia 20 tahun, dia sampai ke Tanah Melayu. Dia bertemu dengan owner estet bernama Alma Baker, yang mendapat konsesi utk membersihkan 360 hektar hutan di Perak.

Dia bergabung dengan Alma Baker dan dari keuntungan yang dijana, Smith mula mengusahakan ladang getah dan lombong bijih timah. Akhirnya dia menjadi pemilik kepada Kinta kellas Estate dan Kinta Kellas Dredging Company.

Smith kemudian kembali ke Scotland dan berkahwin dengan Agnes. Mereka kemudian kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1903. Meraka kemudian mendapat anak perempuan bernama Helen. Smith mahukan anak lelaki utk mewarisi empayar perniagaannnya di Tanah Melayu, dan akhirnya pada tahun 1915 mereka mendapat anak lelaki yang diberi nama Anthony.

Empayarnya menjadi semakin besar dan dia berhasrat utk membesarkan rumah agamnya. Namun sebaliknya dia bercadang membina sebuah istana besar, yang akan dinamakan sebagai Kellas House sempena nama tempat kelahirannya di Scotland.

Smith amat tertarik dengan budaya Hindu. Dia bercadang membina rumah yang mempunyai unsir senibina yang diilhamkan dari India selatan, Madras. Dia mengimport batu bata dan bahan binaan dari India. Selain itu dia juga mengupah pekerja India untuk mengekalkan ciri-ciri India.

Rumah tersebut sangat cantik dan Smith mahu ianya mempunyai sebuah lift, kiranya yang pertama di Malaya ketika itu. Malah Smith bercadang untuk membina tennis court indoor manakala ruang bumbung digunakan untuk ruang mengadakan parti dan keramaian.

Setelah pembinaan bermula, sebuah tragedi berlaku. ‘Spanish Flu’ telah menyerang dan menyebabkan ramai pekerjanya di Kellas estate mati. ia menyebabkan Smith kerugian teruk dan sedangkan kekayaannya banyak di bangunakan membina rumah besar itu. Perang dunia pertama juga menyebabkan pembinaan rumah ini sangat perlahan dan akhirnya Kellas House tidak dapat disiapkan.

Smith kemudiannya ke Portugal pada tahun 1926 untuk mengambil lift untuk istana Kellie yang telah dipesan dulu. Namun dia meninggal dunia di sana akibat pneumonia ( radang paru-paru ). Isterinya Helen sangat sedih dan kembali ke Scotland. Dia kemudian menjual Kellie’s Castle kepada British Company , Harrisons and Crossfield. Setelah itu, Kellie’s Castle tidak pernah siap. Namun terdapat banyak kisah misteri berlegar-legar berkaitan Kellie Castle ni. Dikatakan hantu Smith masih berlegar-legar di rumah itu

Please follow and like us:
Total Page Visits: 51 - Today Page Visits: 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *