Hari Keluarga Mak Limah 2010 – Part 2

Hari Ketiga – 7 Jun 2010 ( Isnin )

Kekira jam 7.30, semua bersiap ke Pantai Bukit Keluang. Pada asalnya nak mandi yang berdekatan Homestay, tetapi dikatakan kawasan itu agak bahaya. Jadi berkonvoilah ke Pantai Bukit Keluang yang terletak kekira 2 km. Nampaknya ramai yang tidak melepaskan geram dan peluang untuk mandi di pantai. Riuh rendah dengan jeritan kegirangan budak-budak kecik, di samping tangisan ketakutan si Aqil .. ha ! ha !

Suasana agak nyaman dan redup pada pagi. Bukit Keluang serta pantai dan kawasan sekitarnaya selalunya dikunjungi ramai terutama pada hari minggu. Pernah juga kawasan ini dijadikan lokasi pengambaran drama dan filem. Yang terkini filem terbitan KRU, entah apa tajuknya.

Kerana terlampau seronok, tak sedar semuaya mengambil masa selama 2 jam di Pantai Bukit Keluang. Si budak-budak tak mahu naik dari main air pantai.

Sarapan Di Rumah Tokki
Balik semula ke Homestay dan bersiap untuk chek-out. Kemudian menujuk ke rumah Tok Wan dan Tokki iaitu rumah ibu dan bapa Kak Nab @ Umi. Program ke Pusat Penternakan Ikan Tg Demong dibatalkan disebabkan tiada balasan atas surat permohonan yang dikemukakan serta masa yang tidak mengizinkan.

Sarapan bungkus berupa nasi berlauk, nasi kerabu dan laksam serta keropok basah goreng, pau, pulut dan roti goreng disediakan.

Tok Wan dan Tokki sebenarnya kurang sihat daripada segi penglihatan mata dan sedang menjalani rawatan tersebut.

Keropok Kering Di Pachakan
Kemudian konvoi meneruskan perjalanan ke Kota Bharu. Dalam perjalanan singgah kedai tepi jalan untuk membeli keropok kering iaitu di sempadan Kelantan / Terengganu. Di belakang kedai tersebut merupakan tempat di mana perushaan keropok dijalankan.

Banyak juga yang dibeli nampaknya. Bonet kereta semakin penoh. Pengkalan Kubor, wakaf Che Weh dan Pasar Siti Khadijah belum singgah lagi .. ha .. ha ! Pelbagai jenis keropok ada di jual. Memang ianya lebih murah berbanding jika beli di luar Kelantan / Terengganu.

Check-in Di Apartment Panorama, Kota Bharu
Tiba Kota Bharu jam 2.15petang. Kami sewa 2 unit apartmen di Apartment Panorama di atas bangunan Pelangi Mall. Nampaknya ini satu lagi konsep homestay yang boleh ditiru ideanya. Lokasiny yang agak strategik, tentui lumayan.

Tuan rumah hadkan satu rumah yang mengandungi 2 bilik setengah hanya untuk 10 orang sahaja. Setengah sebab satu bilik tu kecik dan disediakan katil single double decker. Tapi OK lah sebab sewanya Cuma RM200 semalam. Nampaknya banyak apartment di sini disewakan begitu.

Pemandangan sekitar pun OK. Ditingkat 13, nampak Sungai Kelantan yang keroh airnya serta sebahagian Bandaraya Kota Bharu. Cuma parking agak rumit sikit. Terdapat beberapa hotel dalam bangunan ini rupanya, tetapi takbanyak kedai-kedai bagi menjadikannya shopping mall.

Kompleks Bebas Cukai Pengkalan Kubor
Lepas check-in kami bergegas ke Pangkalan Kubor, sebab jam 6.00 petang kedai akan mulai ditutup. Jarak perjalanan sekitar 30km, tapi jalan agak sibuk lantaran melalui kawasan perkampungan. Pengkalan Kubur terletak dimuara sungai di sempadan Malaysia-Thailand dengan Tak Bai.

‘Pengkalan’ bermaksud tempat kapal, feri atau tongkang berlabuh dan memunggah barang dan penumpang. ‘Kubur’ ialah tempat orang mati ditanam. Menurut cerita penduduk tempat, pengkalan ini pernah mempunyai banyak kubur-kubur orang Melayu satu ketika dahulu.

Ramai antara kami yang first time sampai di Pengkalan Kubor. Memang banyak barangan di sini murah reganya seperti pakaian, kasut, beg dan peralatan dapur , khususnya pinggan mangkuk jenama terkenal lantaran di sini bebas cukai.

Semuanya dijual dalam kedai-kedai biasa disekitar kawasan yang dipagar seluas padang bola sepak sahaja. Bukannya macam shopping kompleks. Bila keluar melalui pemeriksaan kastam baru dikenakan cukai yang selalunya rendah kadarnya dan masih berbaloi membelinya.

Makan Malam
Dalam perjalanan pulang, kami singgah makan. Kiranya makan tengahari campur makan malam. Ingatkan nak makan tengahari di Pangkalan Kubor. Tetapi agaknya dah syok sangat berbelanja, perut tidak terasa lapar.

Walaupun kami ramai, tapi nampaknya cepat juga order disiapkan dan rasanya pun sedap boleh tahan walaupun kedainya nampak simple. Sambil makan, bincang strategi dan program untuk malam ini dan esok, sebab nampak jauh juga tempat penginapan dengan Pasar Siti Khadijah kalau nak berjalan kaki.

Pasar Malam Wakaf Che Yeh
Lepas balik semula ke Apartment, berehat sebentar dan bersiap pula nak ke Pasar Malam Wakaf Che Yeh. Nampak perjalanan ini asyik shopping saja … banyak duit dia orang nie ? Sebenarnya dekat saja dari apartment, tapi sebab entah macaman silap jalan, jadi jauh masa nak pergi. Aqila dan family tidak ikut sebab tidak sihat.

Ada orang kata di Wakaf Che Yeh ini syurga membeli belah. Entahlah. Pasar bemula lewat petang sehingga tengah malam. Sebenarnya malam tu kami tidak merata round pasar malam tu, banyak tumpu ke kedai pakaian, kain dan tudung sahaja. Rega memang giler-giler, tapi kualiti tak tahulah, walaupun ada orang kata ok aje.

Makin malam nampak makin ramai orang datang. Apakah makin malam makin murah harganya ? Tapi rasanya siapa sahaja yang datang ke sini, sure giler nak shopping sebab barangannya murah-murah.

Kami pulang jam 11.30malam. Lewat bagi menantikan orang yang blok belakang kereta tiba. Hujan kemudiannya turun dengan lebatnya. Sampai apartmen, kami parking dalam bangunan dengan bayaran RM2 sekali masuk.

Hari Keempat – 8 Jun 2010 ( Selasa )
Hari ini hari terakhir. Terasa macam tidak puas berada di Kota Bharu. Kalau tambah sehari lagi mungkin ok dan tidaklah terburu-buru sangat.

Lagipun mesej di terima untuk Kak Nab @ Abang Hassan terpaksa kembali semula ke Besut untuk ambik Tok Wan ke Kuala Terengganu bagi menjalani rawatan matanya.

Mandi Di Kolam Renang Apartmen Panorama
Kekira jam 7.15 pagi, kami mandi di kolam yang disediakan dalam apartment. Airnya nampak macam kurang bersih daripada segi warna dan baunya. Tak berapa seronok pulak kami mandi.

Sedang kami mandi, pihak pengawal bangunan menyatakan kolam hendak dicuci. Kenapa tak bagi tahu awal-awal atau letak sign-board ? Nasib baik juga diminta beredar dari kolam, kalau tidak tentu lama berendam dalam kolam tersebut.

Mercu Tanda Bandaraya Kota Bharu
Lepas mandi, kami bersiap pula untuk terus check-out. Dengan kereta konvoi bergerak ke Dataran Kota Bharu. Disini terletaknya pintu gerbang dengan beberapa tiang menarik dengan keunikan ciri ukiran melayu-Islam yang menjadi mercu tanda Kota Bharu. Tiang yang tengah nampak seperti al-quran di atas rehal.

Sampai sahaja kami disajikan dengan pertunjukkan percuma orang menunggang kuda. Namun satu ciri yang mungkin semua perasan ialah penggunaan tulisan jawi dalam semua billboard serta papan tanda perniagaan, tanpa mengira kedai Melayu, Cina atau antarabangsa.

Istana Jahar
Kemudian kami melawat sekitar Istana Jahar adalah terletak berhadapan dengan Istana Balai Besar, Kota Bharu Kelantan. Istana ini asal dibina oleh Sultan Muhammad II pada tahun 1886 dan dinamakan Istana Raja sempena nama Raja Bendahara yang bersemayam di istana tersebut.

Pada tahun 1920, Sultan Muhammad IV menukarkan nama Istana Raja Bendahara kepada Istana Jahar iaitu mengambil sempena nama sebatang pokok jahar yang hanyut masuk ke kawasan istana semasa berlaku banjir besar. Selepas kejadian itu beberapa batang pokok jahar ditanam di perkarangan istana.

Kini istana ini tidak digunakan lagi sebagai tempat bersemayam apabila Sultan Yahya Petra berpindah ke istana baru iaitu Istana Batu yang terletak di belakang Istana Jahar pada tahun 1961.Kini Istana Jahar dijadikan Muzium Negeri Kelantan dan dilihat dari luar, rebentuknya agak unik.

Sarapan Di Radix Chicken House
Kemudian kamu berkonvoi menuju ke Kota Bharu Trade Centre. Awalnya kereta Ajit tertinggal, namun ketemu semula untuk parking berhampiran. Kemudian kami ke Radix Chicken House (RCH) untuk kiranya sarapan pagi.

Seronok juga ramai-ramai keluarga kami menyerbu RCH awal pagi tu. Terasa meriah. Namun banyak pula menu yang sama ada tak ada atau belum ready dan kena tunggu sebentar. Sarapan ini Kak Yong Yong belanja, semoga murah rezeki.

RCH Kota Bharu baru dibuka pada Februari lalu dan ianya merupakan cawangan RCH yang ke 5 selepas Arau, Kangar, Alor Setar dan Kluang. Daripada segi servis nampaknya banyak yang kena improve lagi.

Pasar Siti Khadijah
Sekarang sampailah kemuncaknya, iaitu shopping di Pasar Siti Khadijah. Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu. Penukaran dibuat oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya daripada golongan wanita.

Ini sebenarnya merupakan satu pemandangan yang unik di pasar-pasar di Kelantan. Nama Siti Khadijah diambil bersempena nama isteri Nabi Muhammad SAW yang juga merupakan seorang peniaga wanita yang berjaya.

Pasar ini mempunyai empat tingkat dan berbentuk segi lapan. Tingkat bawah dikhususkan untuk barangan basah seperti ikan, sayur-sayuran, ayam dan sebagainya. Tingkat satu pula diperuntukan kepada makanan kering serta kuih tradisional Kelantan.

Manakala tingkat 2 dan 3, untuk barangan bukan makanan seperti kain baju, batik, songket, kaian pelikat, sutera dan perkakasan dapor. Kat tingkat ini yang tersangkut lama. Ada yang mendapati, kain yang dijual di sini lebih murah harganya daripada di Pasar Wakaf Che Yeh.

Tetapi dengan suasana yang agak panas, bebudak mulalah meragam. Pasar ini beroperasi seawal jam 6.00 pagi hingga 7.00 petang. Sepanjang di sana, kedengaran ceramah disampaikan, tidak tahulah sama ada secara live atau rakaman.

Perjalanan Pulang
Kekira jam 1.30 tengahari, kami berkumpul semula di tempat parking mulalah berpisah lantaran Kak Nab @ Abang Hassan terpaksa kembali semula ke Besut, manakala yang lain ikut Jalan Gua Musang. Tetapi rupanya bertemu dan berkumpul semula di Hentian Genting Sempah sebelum meneruskan perjalanan terus ke selatan.

Semoga dapat bersama lagi untuk edisi Hari Kelurga Maklimah yang akan datang, yang tidak tahu entah bila dan entah di mana.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 36 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *