Hari Keluarga Mak Limah 2018

Tetiba memasing nak berhari keluarga di Pulau Langkawi, tetapi kali ini nak pergi dengan kapal terbang pulak. Wau … sorang kekira RM200 juga, masuk itu dan ini. So nak dapat harga yang murah dalam satu kapal memang sukar, terpaksalah booking flight berasingan. Itupun nak dekat setahun awal.

Dalam tempoh setahun tu pulak ‘tetiba’ Kakyong mengandung, dan masa yang dijanjikan adalah dekat-dekat nak due bersalin. So miss la tiga orang dan tiga tiket juga hangus.

Manakala Cik Da pulak, dijangka bersalin kekira 4 bulan sebelum bertolak. Masa daftar, letak nama lain, bila dah bersalin bagi nama lain. Masalah pulak nak tukar nama … leceh juga walaupun akhirnya berjaya tanpa tambahan kos.

Sebab cuma 3 hari dua malam, makan kena pelan betul-betul tempat lawatan, khususnya mana yang belum dikunjungi lagi. Kali ini ambil pakej kombo Kereta kabel-Muzeum 3D-Underwaterworld-Dinasour. Murah sikit apabila buat ramai-ramai dan tempahan secara on-line sahaja.

Bertolak

Memang banyak kerenah, apabila hari kejadian memasing tak biasa dengan had maksimum bag serta time untuk check-in barang. Dibuatnya macam naik bas .. haha.

Sebab flight bertolak tidak sama , maka ketibaan pun tidak sama. Jadi tunggu sajalah mana yang sudah sampai dengan bersarapan dulu, serta jalan-jalan sekitar airport.

Beras Terbakar

Diberitahu homestay belum ready, maka singgah dulu di Beras Terbakar sementara disiapkan. Lagi pun tidak jauh dari homestay. Tidak banyak perbezaan suasananya. Cuma agaknya beras hangus tu sudah ‘ditukar baru’ kot ..

Ulangi gambar seperti Hari keluarga Mak Limah tahun 2012 dahulu di tangga rumah yang sama. Nampak rumah pun macam sudah cat baru …

Homestay

Kalau sebelum ini duduk kat homestay apartment, kali ini homestay kat betul-betul kampung serta di tepi sawah lagi. Yang penting ada kolam mandi untuk budak-budak. Walaupun tidak nampak ‘grand’, tetapi suasananya agak mendamaikan.

Masuk homestay kejap sahaja, sebab nak mulakan lawatan sebaik sahaja makan tengahari. Mengejar masa. Berdekatan homestay ada banyak kedai2 jualan makan tengahari, termasuk nasi bungkus.

Galeri Perdana

Lepas berehat, terus bertolak ke Galeri Perdana. ia sebenarnya tempat menyimpan koleksi pelbagai cenderahati yang diberikan kepada Tn Dr Mahathir semasa menjadi Perdana Menteri Malaysia dahulu.

Mungkin bukan destinasi yang popular, sebab itu orang tidak ramai berbanding shopping area atau Mat Cincang. Sebenarnya banyak pameran di sana, tetapi kena hadkan masa. Kalau nak baca semua label penerangan, satu hari pun tidak cukup.

Terasa agak sunyi. Sunyi dengan lawatan dari orang lain, kecuali Keluarga Maklimah. Budak2 buat bising berlari2, berseronok macam tempat dia orang je. Lagipun tidak ada siapa yang nak larang.

Dataran Lang

Kemudian singgah ke landmark wajib singgah iaitu Dataran Lang di Kuah untuk gambar beramai-ramai. Nampak seperti itu juga, tiada banyak perbezaan.

Shopping

Mungkin masa yang ditunggu-tunggu. Kiranya ini pusingan pertama, survey2 dulu mana yang berkenan sebelum beli esok, sebelum balik.

Atau beli mana2 yang nak makan dulu. Seperti biasa harga-harga cokelat khususnya memang ada berbeza. Cuma takdelah beza sangat diantara kedai2 sekitar Pekan Kuah tu, sekadar 10sen – RM1.

Tetapi ada juga yang beli terus berdasarkan list kiriman yang nampaknya panjang-panjang. Tapi teringat naik kapalterbang, terhad muatan.

Pasar Malam

Sebelum balik ke homestay, singgah ke pasar malam untuk membeli juadah makan malam mengikut selera masing-masing. Memang menarik pasar malam di Pekan Kuah ni, pelbagai juadah boleh diperolehi.

Terasa harga makanan yang dijual sudah naik berbanding sebelum ini. Entahlah, mungkin dulu2 kot. Lepas tu balik ke homestay dalam keadaan keletihan untuk hari pertama di Langkawi.

Hari Kedua :

Jadual hari ini sangat padat. Target keluar pagi dan balik malam hari dengan harapan sempat singgah sebagaimana dirancang. Pengurusan masa yang bijak membolehkan anda mengoptimumkan hasil lawatan di Langkawi.

Kereta Kabel

Kiranya wajib la kan apabila pergi Langkawi. Tetapi tidak semua naik. Mana yang tak berapa berani tu tak naikla … hehe. Ikut pengalaman, biasanya kena peruntukkan masa 2-3 jam sahaja untuk Langkawi SkyCab ni. Malah kekadang beratur tu lebih lama daripada berada di atas.

Agak bertuah kerana kali ini jambatan gantung dibuka dan cuaca pun panas elok. Namun tidak semua naik ke atas. Siapa saje yang berani kan ?

Hanya berhenti di Stesen Kedua, yang teratas sekali. Stesen pertama dah keletihan nak singgah.

Memang Langkawi ni mempunyai kepulauan yang amat cantik dan terpelihara.  Lautan yang kebiruan dengan pulau-pulau kecil, memang mempersonakan boleh dilihat dari sini. Namun bergantung juga kepada cuaca..

Muzeum 3D

Muzium ini telah menjadi tarikan baharu pelancong yang telah dirasmikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada tahun 2015. Masa pergi 4 tahun lalu, bangunna muzium ini belum wujud lagi.

Terletak di Oriental Village, muzium yang memiliki keluasan ruang pameran hampir 2,000 meter persegi dalam bangunan tiga tingkat, terbahagi kepada sembilan zon yang meliputi ilusi optik, akuarium, safari, interaktif 1 dan 2, fantasi, klasik, zon tema Mesir, istana lama dan pemandangan serta zon Malaysia.

Selain suasana penghawa dingin yang menyamankan, memasing sibuk beraksi dengan lukisan 3D yang terdapat dalam bangunan Museum.

Seni Langkawi di Muzium Paradise 3D ini pernah dinobatkan sebagai Muzium Seni 3D yang terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di dunia, mempunyai lebih daripada 200 karya seni yang mengagumkan yang kelihatan hampir seperti hidup apabila bergambar. Lukisan ini dihasilkan oleh pakar dari korea dengan kerjasama pelukis tempatan.

Kepada yang telah pergi nampaknya macama sama sahaja isi dalamnya. Tetapi ada yang sudah rosak. Tak maintain ke atau under renovation.Cuma kali ini kebetulan ada persembahan 3D movie. Menarik juga.

Langkawi Underwaterworld

Ditubuhkan pada Ogos 1995, objektif Underwater World dibina adalah untuk menyediakan aktiviti bersama-sama dengan pengetahuan dan pendidikan kepada mereka yang berminat untuk kehidupan laut. Ia juga bertujuan dibina untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan memulihara bentuk kehidupan berharga akuatik.

Sejak permulaan operasinya pada 26 Ogos 1995, ia telah menjadi salah satu daripada destinasi pelancongan di Langkawi dan telah menarik sebilangan besar pelancong tempatan dan asing. Namun, rasanya tiket masuk di sini yang paling mahal. Lagipun ini antara tarikan paling awal di Langkawi, malah pernah memegang antara terbesar di Asia Tenggara.

Keistimewaannya ialah ada peguin, termasuk yang lahir di sini. Nampak mereka begitu riang gembira. Ya la, asalkan sejuk. Tentu kos penyelenggaraan atau memeliharanya tinggi

Namun agak mengecewakan sebab banyak ruang pameran yang ditutup. Rasanya dulu ada terowong laluan tanki air yang boleh lihat ikan-ikan berenang di atas penunjung.

Terasa sekejap aje dah sampai ke ruang nak keluar. Cukup tidak berbaloi dengan harganya. Itu yang lepak2 kejap kat tangga di luar pintu keluar .. haha

Makan Malam Baramai-Ramai

Sebelum makan malam, sempat habiskan hajat shopping sebab esok hari banyak masa nak packing. Malah ada flight balik KLIA yang waktu pagi.

Makan di salah sebuah restoren di tepi laut sebelah kompleks Pekan Rabu. Dapat tempah sebaris untuk semua ahli group dengan 6 set hidangan.

Hari Ke-3 : Pulang

Pepagi budak2 dah sibuk nak mandi kolam. Ada juga yang ke Kuah hendak beli barang2 yang perlu dibeli.

Pelbagai kisah pulang pula. Di samping masa yang berbeza, terdapat keewatan flight kerana cuaca di KLIA yang dikatakan agak buruk, khususnya yang flight tengahari dan petang.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 106 - Today Page Visits: 1

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *