Sambutan Maal Hijrah 1438H

2 Oktober 2016 : Buat pertama kali menyertai kontingen perarakan Kementerian Sumber Manusia sempena Sambutan Maal Hijrah 1438H Peringkat Kebangsaan.

Walaupun penyertaan KSM tidaklah besar seperti Jabatan lama dulu, namun agak teruja kerana perarakan yang melibatkan 105 kontingen dan kira2 6000 peserta ini dilakukan buat pertama kalinya di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS),  berbanding sering diadakan di Putrajaya sebelum- ini.

Namun suasana dewan menjadi hiba apabila periwayatan ringkas Tuan Guru Datuk Dr Haron Din dibuat sebagai penerima anugerah khas Tokoh Maal Hijrah 1438H. Allahyarham Haron, 76, meninggal dunia di Hospital Stanford, San Francisco, Amerika Syarikat pada 16 Sept lalu lepas akibat komplikasi jantung.

Ternyata beliau adalah ikon atau symbol mereka yang dihormati kawan dan lawan. Impak beliau begitu besar sehingga tak mampu nak disorok dimana-mana walaupun beliau merupakan Mursyidul Am PAS.

Allahyarham Haron dipilih sebagai penerima Anugerah Khas Maal Hijrah kali ini atas sumbangan besar beliau dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional dan global.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah berkenan berangkat pada Sambutan Maal tersebut. Turut bersama ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Yang Dipertuan Agong dalam ucapan perasmiannya sebelum itu menyeru umat Islam berusaha mengukuhkan permuafakatan serta memantapkan jalinan ukuwah untuk menghindari daripada perpecahan oleh perbezaan yang berlaku.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 40 - Today Page Visits: 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *