Tahniah Dr Kausar

29 Jun 2018 : Alhamdulillah, setelah 5 tahun bertungkus lumus dengan kuliah, mentelaah nota dan buku, notebook dan wasap, assignments dan exam, latihan klinikal dan unpaid pre-housemen weeks, akhirnya sampai kepada penghujungnya.

Cita-cita  bergelar ‘Doktor’ bagi anakanda Nurul Najihah Hassan tercapai sebaik Majlis Lafaz Ikrar Dan Penyampaian Sijil Pendaftaran Sementara pelajar Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan ( MBBS ) Universiti Malaya yang diadakan pagi tadi di Dewan Canselori UM. Ada juga rakan sekelasnya yang tergendala serta tertangguh.

Tahniah, semoga menjadi doktor yang beriman dan budiman. Manakala majlis konvo akan diadakan kemudian, sekitar oktober katanya.

Teringat akan majlis seumpamanya bagi Dr Nadiah iaitu majlis Majlis Oath Taking, Kulliyyah Of Medicine IIUM ( 15th MBBS ) 2016 selepas tamat di UIA dulu. Mungkin setiap Universiti ada buat begini, sebelum konvo sebenar.

Selain untuk menzahirkan komitmet kepada para pelajar yang telah lulus, juga disampaikan beberapa anugerah kepada pelajar dalam pencapaian tertentu.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 163 - Today Page Visits: 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *