May 8, 2021

Solat Aidil Fitri 2018

Ramadan dengan segala keberkatan dan kelebihan telah pergi neninggalkan kita. Khatib solat sunat Aidilditri tadi menyeru agar syawal disambut hari ini dengan setinggi-tinggi kesyukuran beserta taqwa, melaksanakan perintah dan menjauhi laranganNya.

Semoga hidup kita sentiasa dilimpahi rahmat dan dianugerahkan kebahagiaan dunia dan akhirat.

Bagi mewakili AJK Surau As-Syakirin, terima kasih diucapkan kepada semua atas kerjasama, sokongan dan sumbangan yang diberikan, khususnya sepanjang Ramadan lalu, atas sumbangan RM, juadah berbuka puasa, morey dan sahur. Semoga Allah jua yang membalasnya.


Please follow and like us:
Total Page Visits: 702 - Today Page Visits: 3