Sekitar Korban Di Surau Al-Hidayah 1429H

Alhamdulillah, ibadah korban berjalan dengan lancar di Surau Al-Hidayah pada tahun ini. Sebanyak 6 ekor lembu telah dikorbankan sebaik selesai solat sunat Aidil Adha. Mungkin ini yang terbanyak pernah dibuat setakat ingatanku. Ini termasuk satu yang diterima dari Kerajaan Malaysia menerusi JKKKP Kuala Selangor yang aku sendiri hadir dalam majlis penyerahannya daripada Dato’ Amiruddin Setro, ADUN Jeram.

Hujan gerimis yang turun sejak Solat Aidil Adha lagi nampaknya tidak mematahkan semangat ahli kariah untuk sesama bergotong royong menyembelih, melapah memotong dan mengagihkan daging-daging korban. Tapi bilangan yang hadir untuk solat raya memang nampak berkurangan berbanding tahun-tahun dahulu. Collection pun tak sampai RM1K.


Please follow and like us:
Total Page Visits: 93 - Today Page Visits: 1

3 thoughts on “Sekitar Korban Di Surau Al-Hidayah 1429H

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *