Cultural Village Sarawak

Kampung Budaya Sarawak ini merupakan sebuah perkampungan yang menempatkan rumah-rumah berbagai kaum yang tinggal di Sarawak. Setiap rumah tersebut pula akan mempunyai aktiviti yang dilakukan oleh setiap masyarakatnya.

Ia merupakan Muzium Hidup ( the living museum ). Malah dikatakan yang terbesar di dunia kerana di dalamnya terdapat lebih 100 orang penduduk yang boleh kita berinteraksi dengannya. Mereka sebenarnya pekerja kebudayaan yang akan menunjukkan pelbagai cara hidup masyarakat yang berbilang kaum di Sarawak.  

Bayaran masuk boleh tahan mahal, tetapi rasa berbaloi. Selain lawatan, terdapat pertunjukan kebudayaan setiap hari jam 11.30 dan 4.30 petang. So kena plan elok-elok supaya tidak miss pertunjukan kebudayaan secara live.

Rumah Bidayuh

Lihat dari jauh seperti pondok besar yang bulat berdasarkan atapnya. Ia juga seperti rumah panjang berpandukan pada atapnya.

Tetapi tak dapat masuk sebab tengah renovate. Atapnya di perbuat daripada rumbia atau sagu dan dindingnya daripada buluh.

Rumah Penan

Betul ke ini rumah orang Penan ? Hanya seperti pondok-pondok berjual buah tanpa bilik dan separuh dinding sahaja. Atap dan dinding dari daun Rumbia sahaja.

Mungkin sebab dikatakan mereka ini hidup secara nomad dan sering berpindah-randah serta brgantung kepada hasil hutan sahaja. Tidak hairanlah rumah macam pasang siap.

Kalau gitu, camana rumah yang kekal dan bagaimana mereka berkeluarga ? Teringat nama Bruno Master yang kontraveri satu ketika dulu.

Rumah Panjang Orang Ulu

Ya Allah, tingginya. Kalau sakit kaki atau tak larat nak naik ? Orang Ulu ialah nama yang diberi kepada lebih kurang 27 etnik kaum yang diantaranya terdiri daripada orang Kenyah dan Kayan.

Lihat tiangnya yang diperbuat dari kayu berlian, Panjang dan tak payah sambung-sambung. Kayu ini dikatakan tahan sampai beratus tahun tanpa dimakan anai-anai.

Dalam rumah orang ulu ni ada wanita Melayu Sarawak yang tersangat peramah ini menjual makanan tradisional bergoreng. Strategi mereka kot, dah penah2 manjat naik, di atas ada jualan pulak.

Hendak naik amat mudah, hendak turun sangat gayat. Tangga yang curam dan tinggi. Kenapa mereka bina rumah tinggi-tinggi ?

Rupanya untuk menggelakkan dari banjir dan tujuan keselamatan dari pihak musuh, termasuk binatang.

Rumah Kaum Iban

Kaum Iban juga dikenali juga sebagai Dayak Laut. Nampaknya rumah mereka tegap sekali supaya bertahan lama.

Di sini terdapat juga demontrasi menenun kain pua kumbu yang di buat secara tradisional. Juga disediakan khidmat menyewa pakaian tradisional untuk bergaya.

Uniknya rumah Iban ini ialah ia mempunyai koridor yang panjang di luar pintu rumah untuk memudahkan bagi mereka untuk melakukan  acara keramaian kerana keluasan yang begitu selesa.

Rumah Melanau

Pun tinggi juga rumahnya. Besar dan agaknya sekampung boleh tinggal di dalamnya kerana ia di bina bertingkat-tingkat.

Tingginya, lelah memanjat tangga lagi. Agaknya turn naik sampai berpeloh-peloh ni, kurang berat badan hari ini.

Cuba-cuba ‘menari’ dengan tarian tradisional mereka. Macam pernah buat masa di sekolah kebangsaan dulu-dulu, haha.

Rumah kaum Cina

Rumah Kaum Cina agak moden berbanding rumah-rumah yang lain. Menggunakan papan dan atap rumbia serta berlantai rendah seperti rumah biasa di kampung-kampung baru Cina.

Teringat rumah-rumah lama orang Cina di kampung sebab berlantaikan rendah je. Kebanyakannya adalah peniaga dan peladang dating datang menanam lada hitam

Rumah Melayu

Nampak klasik binaanya. Macam tak berapa minat nak masuk tapi apabila masuk menarik juga. Malah disambut dengan paluan alat muzik tradisional.

Terdapat juga pelamin pengantin untuk istiadat perkahwinan masyarakat Melayu. Senibina rumah kayunya penuh dengan ukiran seperti rumah melayu kampung di semenanjung.

Sebenarnya setiap tahun di sini diadakan Rainforest World Music Festival. Tak tahu macamana mereka anjurkan dan area mana dia buat aktiviti tersebut.

Persembahan Pentas

Akhir seklai bergegas sebaik habis lawatan, masuk ke auditorium khas untuk menyaksikan persembahan kebudayaan pulak.

Terasa lega dan nyaman, maklumlah setelah berpanas di luar, kini dapat berada dalam bilik berhawa dingin. Baru nampak ramai juga pelancong yang datang berkunjung sama ada dari dalam dan luar negara berkumpul dalam dewan ini

Menarik juga pelbagai pertunjukan tarian kebudayaan dari berbagai etnik yang dipertontonkan. Para penonton juga dijemput naik pentas untuk turut serta.

Diakhir persembahan, penonton diajak naik pentas pulak untuk menari bersama, secara beramai-ramai dengan penari kebudayaan pihak penganjur.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 110 - Today Page Visits: 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *