Tahniah Nurul Najihah Al-Kautsar

Mungkin bukan keputusan rasmi, tapi rasanya dah kompom. Anakku Nrul Najihah atau panggilan dalam keluarga Kauthar dapat nombor Satu dalam Kelas dan Tingkatan. Tapi yang lebih penting dapat semua A ( khususnya dalam subjek PMR ) kecuali Seni yang dapat C.

Bulan lepas menerima anugerah Pengawas Akademik Terbaik bagi peringkat Menengah Rendah. Tahniah dan tahniah …

Penganugerahan akan dibuat pada tahun depan, sekali dengan lepasan PMR dan SPM SMK Saujana Utama. Maknanya sekitar Mac 2009. Kekadang elok juga bila buat awal tahun.

Teringat masa Hari Kecemerlangan KIDaS 2008 yang diadakan sebelum cuti sekolah. Budak-budak yang naik pentas terima anugerah, pakaiannya sudahlah kelihatan lusuh, sendat-sendat pulak. Maklumlah akhir tahun, takkan nak beli yang baru. Takut tak muat untuk dipakai semula tahun depan. Jadi membazir pulak nanti …

Please follow and like us:
Total Page Visits: 82 - Today Page Visits: 4

8 thoughts on “Tahniah Nurul Najihah Al-Kautsar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *