Jamuan Mesra Aidil Fitri Surau Al-Hidayah

Sekalipun Syawal telah berlalu, kemeriahan Aidil Fitri masih terasa dalam Jamuan Mesra Aidil Fitri Surau Al-Hidayah 1429H yang diadakan pada 1 November 2008 atau 2 Zulkaedah 1429H. Pada mulanya aku agak risau juga, ada orang ke ?

Tetapi alhamdulillah, kehadiran begitu memberangsangkan sehingga aku dah keluarkan arahan kepada Hj Umar untuk goreng meehon untuk 50 orang. Nampaknya juadah istimewa malam tersebut seperti Nasi Beriani Kambing, cendol, keropok lekor, nasi impit dan mee hoon begitu laku sekali.

Antara pengisian, selain daripada ucapan alu-aluanku, ialah persembahan Nasyid daripada Ustaz Amal, tayangan wayang pacak cerita Upin dan Ipin dan pertunjukkan bunga api.

Nampaknya sambutan terhadap wayang pacak boleh memberikan satu dimensi baru kepada ahli kariah. Aku memang teringin nak buatnya mungkin sebulan sekali di surau.

Kemampuan peralatan yang asas sudah ada. Cuma kena cari filem yang seswai. Tetapi masalahnya ialah ‘copyright law’. Sesambil kumpul-kumpul terpacak menonton filem bersama keluarga, anak-anak atau rakan-rakan.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 34 - Today Page Visits: 1

3 thoughts on “Jamuan Mesra Aidil Fitri Surau Al-Hidayah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *