COVID-19 Sebagai Peneraju Normal Baharu

Bukan tidak pernah tetapi, agak jarang-jarang dilakukan. Namun sepanjang Ramadan ini, ia menjadi aktiviti utama keluarga sebaik berbuka puasa. Solat jemaah maghrib, isyak dan berterawih bersama ahli keluarga.

Sejujurnya juga, rasa tidak pernah bertadarrus secara live atau bersemuka. Namun kali ini dapat dilakukan bersama selesai solat tarawih. Inilah peluangnya. Sekurang-kurangnya kita boleh mendengar serta tahu sejauh mana bacaan al-Quran anak-anak atau ahli keluarga kita ketika dewasa ini. Mungkin masa kecik dulu mereka lebih ikutkan guru atau ustaz-ustazah aje.

Inilah normal baru era COVID-19 yang mungkin tidak akan dapat dialami atau diulangi pada masa akan datang. Ternyata ia banyak merubah daripada cara atau kaedah biasa sebelum ini dalam kehidupan, khususnya dalam bekerja dan bermuamalat.

Malah tiada siapa boleh menyangka COVID-19 mengubah landskap dunia hingga setiap orang, keluarga, masyarakat dan pemerintah terpaksa melaksanakan segera kebiasaan baharu demi kesinambungan hidup. Buat seketika, tempat-tempat yang menjadi tumpuan orangramai berkumpul bertukar sunyi dan sepi. Sekolah, IPT, surau masjid, tempat ibadah, kedai makan, pusat hiburan dan pusat membeli belah bak bangunan tinggalan.

Orang ramai secara drastik mula melakukan kerja dari rumah (WFH), melaksanakan pembelajaran maya, berurusan serta berkursus secara on-line dan melakukan pembelian dalam talian kerana duduk rumah mengikut Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan COVID-19.

Ini memberikan ujian kepada para penyedia khidmat internet. Sejauh mana keupayaan infrastruktur rangkaian dan kapasiti jalur lebar yang mereka sediakan menyokong keperluan tersebut.

Masalah Work From Home

Benar bahawa, WFH merupakan norma baru yang terpaksa dihadapi sepanjang PKP. Namun ia tidak semudah itu pelaksanaanya. Cabarannya lebih besar berbanding berada atau bersemuka di pejabat.

Walaupun terdapat banyak aplikasi komunikasi dan meeting secara on-line, namun banyak isu teknikal yang sering mengganggu kelancaran dan kadang-kadang menjadi alasan pulak. Tak dengar la, tak clear la, putus2 la, slide tak nampak la dan sebagainya. Kekadang tu elok lagi hadir bersemuka.

Memang beberapa kali diminta hadir juga ke pejabat atau sengaja hadir melaksanakan kerja di pejabat. Lagipun rumah dekat dengan ofis dan suasana diofis lebih kondusif serta kurang gangguan.

Demi survival, rakyat dan komuniti perniagaan semakin celik kepada keperluan digitalisasi dalam kehidupan. Namun apabila terlalu banyak transaksi on-line yang disusuli dengan penghantaran menerusi pejabat pos atau syarikat penghantar, timbul juga isu lambakan barangan yang tidak terhantar mengikut masa yang sepatutnya.

Tahlil Keluarga On-Line

Menjelang Ramadan aku dan keluarga di Johor berkesempatan mengadakan tahlil arwah keluarga yang sering diadakan secara tahunan. tetapi kali ini dibuat menerusi aplikasi web-conference on-line.

Ini diikuti juga tahlil keluarga secara Google Meet dengan keluarga di Terengganu dalam bulan Ramadan yang juga sering kami adakah setiap Ramadan.

Kedua-duanya tidaklah selancar sebagaimana diharapkan. Jauh lagi apabila berkumpul secara bersemuka. Masalah teknikal serta ‘tidak biasa’ menjadi batasan.

Solat Terawikh Dan Jumaat @ Surau

Setelah lebih dua bulan dilarang mendirikan solat berjemaah di surau masjid, namun alhamdulillah apabila terpilih terpilih menunaikan terawih beberapa kali.

Hilang kerinduan setelah lama tidak menjejakkan kaki ke sana. Namun terasa hambar apabila hanya bertiga sahaja. Selawat pun tak semangat. Rindu pula kepada kemeriahan morey, kebisingan anak2 saling kejar mengejar, jeritan tangis dan tawa.

Kemudian Alhamdulillah, ‘terpilih’ pula dapat solat Jumaat hari ini buat kali pertama sejak lebih dua bulan ditinggalkan akibat PKP. Terasa betapa nikmatnya dan terasa serta sebak terharu pun ada.

Golongan Terjejas

Di samping hadir dengan pelbagai hikmah, moga pandemik COVID-19 ini segera berakhir kerana banyak golongan yang terjejas terok kerana kemuruduman ekonomi ketika ini.

Dalam hal ini, pelbagai badan kebajikan, NGO surau masjid membuat sumbangan kebajikan, khusus menjelang Ramadan bagi membantu mereka yang dirasakan begitu terkesan dengan perintah PKP ini. Bukan kerja yang mudah bagi melaksanakan perkara ini, kerana perlu mendapatkab kebenaran pihak polis dan mengikuti prosedur berikutan PKP.

Please follow and like us:
Total Page Visits: 418 - Today Page Visits: 6

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *